28 January, 2010

Tarikh ini adalah tarikh yang agak sibuk bagi PKG KG CHAP. Apa tidaknya bermula jam 830 pagi lagi  PKG telah  menerima kunjugan dari Guru Kurikulum dan guru PSS SMU(A) Darul Ulum Kolam Bachok. Sekolah ini merupaka sekolah yang baru disenaraikan dalam kelompok PKG Kg Chap. Kunjugan ini adalah untuk mendapat pengalaman dalam mengurus PSS dan NILAM sekolah. Ini adalah satu inisiatif PKG dan Pengurusan SMU(A)DU dalam memantapkan pengurusan PSS kerana sebelum mereka sebelum ini tidak mempunyai pengalaman lagsung dalam bidang berkaitan. Kami bukan sahaja memberi taklimat kepada mereka berkaitan kerja-kerja proses teknik tetapi mereka juga dibawa  melawat ke PSS SK Kubang Telaga bagi melihat situasi sebenar sebuah PSS dan bagaimana ianya diurus. Taklimat dan Lawatan diurus oleh PTP2 En Kamsani dan En Che Ghani.serta Cik Sally.

 
Sedang En Kamsani sibuk di PKG saya bergegas ke SMKPS untuk menyambut kedatangan pegawai dari BTPN Kelantan yang sangat dinanti oleh Pengetua,Guru Pentadbir dan guru-guru PSS SMK Puteri Saadong . Siapa lagi kalau bukan Tn Hj Roslan Bin Mohamed(Lan Kota). Kunjugan kerja beliau kali ini amat tepat pada masanya dan diibaratkan" sirih pulang ke ganggang" apatah lagi di saat sekolah ini sedang dahaga petunjuk dan ilmu bagi menyertai pertandingan PSS peringkat negeri. Saya bagi pihak PKG mengucapkan ribuan terima kasih kepada KPP BTPN Kelantan yang sudi memenuhi permohonan kami dan terima kasih juga buat Tn Hj Roslan kerana sudi membantu. Sesungguhnya kami(Bachok) sudah lama menanti sentuhan anda.Dalam kunjugan kali ini banyak bilik lain yang sempat dilawati oleh beliau seperti bilik BBM, Bilik Tayang dan Pusat Akses serta makmal komputer. 


 
Pada sebelah petang Tn Hj Roslan dan saya bergerak ke PKG bagi satu lagi sesi iatu "Bengkel Pembinaan Skrip PSS Cemerlang". Bengkel berjalan dengan lancar shingga jam 5.00 petang. Terima kasih daun keladi kepada sdr LAN KOTA.






Hasil pemuafakatan kami akhirnya kami berjaya mendapatkan skirting sebagai persediaan untuk menyambut ketibaan para Pengetua dan Guru Besar juga para pelanggan PKG Kg Chap. Kerja-kerja membeli dan memilih kain dilakukan oleh En Kamsani dan En Che Ghani. Adalahah diharapkan keadaan ini akan menceriakan PKG dan menjadikan ianya selesa kepada pelanggan PKG.

 


25 January, 2010

Bertempat di Kamar Musyawarah Pejabat Pelajaran Daerah Bachok telah berlangsung PROGRAM PEMUAFAKATAN diantara BTPN Kelantan dan PPD Bachok. Program ini adalah program "turun padang" BTPN Kelantan ke PPD-PPD seluruh Kelantan untuk melihat kekuatan dan persamaan yang dapat dikongsi dengan PPD agar dapat memaksimumkan keberkesanan fungsi PKG dan BTPN kepada guru-guru sekolah. Seramai 5 orang wakil dari BTPN Kelantan yang diketuai oleh KPP BTPN Kelantan iaitu  Pn. Hajah Mazenah Bt Mohamed dan 4 orang Penolong Pengarah.(Ketua Unit PSP,Ketua Unit Promosi, Inovasi dan Media,Ketua Unit ICT dan Pemangku Unit Pengurusan PKG). Manakala dari PKG seramai 5 orang wakil dan 8 orang wakil dari pihak PPD Bachok yang diketuai oleh Timbalan PPD En Mohd Faizul Bin Yusoff.  Semua Ketua Unit dari BTPN membentangkan SKT mereka dan dibincang untuk mencari titik persamaan yang dapat dikongsi dengan PPD.Kami PKG Daerah Bachok mengucapkan tahniah kepada KPP BTPN dan PPD Bachok kerana berjaya melaksanakan program ini. PKG Daerah juga berterima kasih kepada PPD yang telah melantik Desk Officer(Penghulu) di PPD yang menjaga Hal Ehwal PKG Daerah iaitu Pn Soo Ah Khem(Unit Bahasa PPD Bachok). Semoga program seperti ini dapat diteruskan.










24 January, 2010

Hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat PKG KG CHAP telah berlangsung suatu mesyuarat antara PKG Daerah Bachok dan Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Bachok. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyelaras segala aktiviti PKG Daerah Bachok dengan aktiviti PPD Bachok terutama dalam bidang pemantauan, kutipan data ICT/NILAM dan pengurusan bengkel dan latihan oleh PKG. Antara yang dipersetujui adalah:
  • PPD bersetuju untuk menjalankan pemantuan bersepadu bersama PKG melibatkan beberapa buah sekolah.
  • PPD  bersetuju menggunakan borang pemantuan PSS BTPNKEL selagi ianya juga digunakan dalam penghakiman peringkat kebangsaan agar ianya selaras dan tidak mengelirukan guru dengan borang yang pelbagai jenis apabila beliau turun memantau sekolah.
  • PPD bersetuju untuk mengadakan taklimat kepada para Pengetua dan Guru Besar tentang bagaimana seriusnya PPD dalam program memperkasakan PSS dan NILAM sekolah pada wal Februari ini 2010.
  • PPD dan PKG Daerah bersetuju untuk berkongsi DATA samada DATA ICT dan NILAM. 
  • PPD dan PKG akan memanggil semua guru NILAM untuk diberi pendedahan semula bagi menyemarakan program NILAM di sekolah. Ini dibuat memandangkan di sekolah guru NILAM dan guru GPM adalah guru yang berbeza.
Sebenarnya banyak lagi yang sempat disentuh samada masalah dan kekuatan kedua-dua pihak dalam mesyuarat tesebut. Harapan kami pihak PKG Daerah Bachok agar kerjasama seperti ini akan dapat menghasilkan natijah yang baik kepada sekolah.Terimakasih diucapkan kepada yang hadir dalam mesyuarat kali ini.Sekian
Kehadiran:
Pn Soo Ah Khem( UNIT BAHASA PPD BACHOK)
En Mohd Rozi Bin Nawi( PKG BADAK)
En Mohd Asri  Bin Semail(PKG BERIS KUBOR BESAR)
En Hasanudin Bin Zaini(PKG KG CHAP)
En Kamsani Bin Salip(PKG KG CHAP)
En Cik Ghani BinChe Hussin(PKG KG CHAP-pencatat mesyuarat)






    23 January, 2010

    PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam.-- BERNAMA

    21 January, 2010


    Hari ini tiba giliran Sek Keb Alor Bakat dan SMU(A) Darul Ulum di Kg Kolam. Di SK Alor Bakat kami agak lama memandang terpaksa mengenalpasti sebab tiada talian internet sedangkan talian talefon ada. Rupa-rupanya routernya rosak. Kami juga telah menghubungi GITN untuk membuat report. Server sekolah ini juga sedang dibaiki oleh PPD dan belum kembali lagi ke sekolah. Di SMU(A) Darul Ulum pula inilah kali pertama kami sampai di sekolah ini. Kelas berjalan dengan baik cuma bilik PSS sedang dalam proses panaiktarafan.Bilangan buku amat kurang. Guru PSS pun belum pernah didedahkan tentang NILAM, Fail Kuasa dan Proses Teknik buku. Agak banyak juga kena belajar tu.. Kami memberi komitmen untuk membantu , InsyaAllah. Bilangan PC pun tidak banyak. Capian internet tiada. Jam 2.30 baru kami keluar dari SMU(A) Darul Ulum.
    DI SK ALOR BAKAT

     
    DI SMU DARUL ULUM

     
     



    20 January, 2010

    Buat julung kalinya PKG Kg Chap mengatur lawatan penanda aras PSS, bagi memenuhi keperluan pelanggan dari SMK Puteri Sadong(SMKPS)  dan SK Kg Chap. Untuk pengetahuan, tahun ini PSS SMKPS dicalonkan ke pertandingan peringkat negeri katogeri luar bandar yang akan di buat penilaian pada awal Februari ini. Dalam usaha memantapkan persediaan PSS mereka, SMKPS telah memohon dari PKG untuk membuat lawatan ke PSS Cemerlang. PKG Kg Chap mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua dan pihak pengurusan SMK Kubang Kerian 1 dan SMK Tendong yang mengizinkan kami membuat lawatan ke PSS mereka. Dalam lawatan ini pelbagai ilmu dan pengalaman telah di timba oleh kami dan para guru terlibat. Sekalung tahniah buat GPM kedua-dua sekolah iaitu Pn. Ezlina Ezura(SMK KK1) dan Pn Siti(SMKT). Anda berdua sememangnya "iron lady"  begitu juga AJK PSS masing-masing. Bersama ini disertakan gambar lawatan kami. Gambar penuh sila hubungi saya di PKG @ sesetengahnya boleh didownload di facebook saya (nidaruz zuradin). Saya berharap satu hari saya dapat membawa semua guru-guru GPM di kelompok ini untuk membuat lawatan penanda sebagimana hari ini. InsyaAllah.
    DI SMK KUBANG KERIAN 1


     

     
     
     
    Guru GPM SMK KUBANG KERIAN 1

    DI SMK TENDONG

     
     
     
    Guru GPM SMK TENDONG


    19 January, 2010


    Seperti hari sebelumnya saya dan En Kamsani ke sekolah kelompok. Kali ini kami ke SK Pak Badol dan SMK Pak Badol. Sekolah ini agak jauh dari PKG. Kedua-dua pemimpin sekolah ini menyambut kami dengan mesra sekali begitu juga guru makmal dan GPM mereka. Perbincangan dan perkongsian maklumat berlaku dalam suasana kekeluargaan. Kedua-dua sekolah ini mempunyai capian internet yang baik. PSS juga sudah mula digerakkan. Di SMK Pak Badol saya teruja kerana Pengetuanya begitu berminat dengan ICT dan mempunyai laman blognya sendiri(http://hamdiawang.blogspot.com). Maka tak hairanlah sekolah ini dinobatkan sebagai yang terbaik pengurusan makmal di Anugerah Gemilang PPD Bachok baru-baru ini. Begitu juga SK Pak Badol juga menerima anugerah juga tapi dalam kategori yang berbeza. Bersama ini disertakan gambar kenangan kami di kedua-dua sekolah.


     
    Di SK Pak Badol 


     
     
    Di SMK Pak Badol



    18 January, 2010

    Hari ini saya bergerak dengan juruteknik Cik Nursaliza ke 3 buah sekolah. Ini disebabkan En Kamsani ke BTPN Kelantan kerana menghadiri mesyuarat pertandingan PSS peringkat negeri. Saya bersyukur kerana sempat berjumpa dengan En Abdullah, Guru Besar SK Bukit Marak. Ini  kerana beliau akan bertukar ke SK Sungai Dua Bachok minggun depan. Sempatlah saya mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat bertugas kepada beliau.sepanjang beliau bersama saya di bawah kelompok PKG KG Chap. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Ismail kerana banyak memberi maklumat tentang ICT. Canggih sungguh beliau ni.. Nampaknya saya kena berguru dengannya. Sudahlah bijak tidak lokek pula ilmu.  Di SK Bukit Marak ada capaian internet, di SK Kg Chap tiada capaian dan di SK Bekelam ada capaian. Guru ICT dan guru PSS diberi pendedahan membuat buku pengurusan PSS dan makmal komputer seperti format yg dikhendaki oleh unit PSP BTPNKel dan format PPD(bagi ICT). Cuma saya harap bila sudah siap nanti hantarlah satu salinan ke PKG.




    Di SK Bukit Marak


    Di SK Bekelam



     
    Di SK Kg Chap

    Sementara saya dan Cik Nursaliza bergerak ke sekolah, En Kamsani di BTPN Kel En Cik Ghani pula sibuk menyusun dan mengemaskini buku PSS. Fail Kuasa PSS PKG sudah disiapkan. InsyaAllah minggu depan kita print.








    17 January, 2010

    Pada sebelah petang 17.1.2010 bertempat di Dewan Besar SMK Beris Panchor telah berlangsung satu program "JOM KE SEKOLAH" anjuran PPD Bachok. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Dato' Dr Awang Adek Bin Hj.Husin-Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Program ini buat di  atas kesedaran peri pentingnya pelajar hadir ke sekolah. Ianya menyerlahkan kesungguhan pihak PPD dalam memastikan tiada pelajar yang ponteng dari menghadiri kelas. PPD Bachok adalah PPD pertama di Negeri Kelantan yang melaksanakan program ini. Dalam majlis tersebut juga sekolah-sekolah menengah di dalam PPD Bachok yang mendapat kejayaan dalam peperiksaan PMR 2009 diberi pengiktirafan. Tahniah kepada PPD Bachok dan semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Dapatkan gambar penerima anugerah  di facebook saya (nidaruz zuradin) atau hubungi saya di PKG KG CHAP.

    Sebahagian dari gambar dalam program tersebut


    Hari ini ke SK Bakong, SK Kolam dan SK Keting. Ketiga-tiga sekolah ini capaian internetnya adalah teknologi VSAT. Hanya SK Keting yang mempunyai capaian yg boleh dikata memuaskan manakala bagi SK Bakong tiada capaian dan SK Keting pula  terlalu perlahan. Inilah masalah yang dihadapi di sekolah. PSS ketiga-tiga sekolah telah dibuka. Tahniah ! tetapi perlu banyak penambahbaikan.

    Di SK Bakong


    Di SK Keting


    Di SK Kolam

    TOP-LEFT ADS

    Categories

    RECENT$type=list-tab$date=0$au=0$c=5

    REPLIES$type=list-tab$com=0$c=4$src=recent-comments

    RANDOM$type=list-tab$date=0$au=0$c=5$src=random-posts

    RECENT WITH THUMBS$type=blogging$m=0$cate=0$sn=0$rm=0$c=4$va=0

    SCIENCE$type=right$va=0$count=3

    Powered by Blogger.

    DIREKTORI INSTITUSI PENDIDIKAN

    SURAT PEKELILING DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN(Sila Download)

    MODUL DAN BUKU SUMBER(Sila Download)

    SEARCH

    TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI.KUNJUNGAN ANDA KAMI HARGAI

    Hakcipta© Terpelihara by : PKG KG CHAP BACHOK KELANTAN[http://pkgkgchap.blogspot.com] .

    BERITA TERKINI

    Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dikemukakan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan masa yang telah ditetapkan.



    Maklumkan pada kami sekiranya sekolah anda menjalankan acara rasmi/aktiviti,agar dapat dimuatkan dalam blog kami. Terima kasih.


    Dapat lagu-lagu untuk kegunaan acara rasmi atau apa sahaja lagu lain seperti lagu NegaraKu,Selamat sultan, nasyid,lagu pra,march,latar sajak serta banyak lagi di PKG atau Klik dibutang download Lagu(Acara Rasmi Sekolah)di bawah. KAMI CUBA MEMENUHI KEPERLUAN ANDA


    Makluman kepada GPM sila kemaskini IQPSS dan I-NILAM 2011 mulai bulan Februari. Sila print instrument IQPSS untuk pemantauan pihak PKG. Harap maklum.(1.3.2011)



    Makluman kepada guru-guru daerah Bachok, PKG daerah Bachok akan menganjurkan Bengkel Fotografi dan Advance Photoretouching selama 2 hari 1 malam. Bertarikh 1/2 April 2011. Bertempat di Sri Aur Village,Pantai Melawi,Bachok. Yuran adalah Rm250. Penginapan dan makan minum disediakan. Kepada yang berminat sila hubungi En. Kamsani PTP PKG KG CHAP . Tel-0199388985

    Statistik Bil. Sekolah dan Murid Seluruh Malaysia 2010(Dari Web KPM)

     
    Bilangan Sekolah

    Rendah

    Menengah

    Jumlah

    7,655

    2,189

    9,844

    Bilangan Murid (Enrolmen)

    Rendah

    Menengah

    Jumlah

    3,111,948

    2,304,976

    5,416,924

    MUTIARA KATA

    VISI DAN MISI PKG KG CHAP

    VISI

    Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.

    MISI

    Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.

    PERKHIDMATAN DI PKG KG CHAP

     

    KEPAKARAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

    Memberi pendedahan kepada guru tentang teknologi terkini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran &; pembelajaran menjurus ke arah konsep sekolah BESTARI.

    PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

    Memberi khidmat nasihat untuk membangunkan Pusat Sumber Sekolah merangkumi aspek-aspek fizikal, pengurusan, pentadbiran, program NILAM, program galakan membaca, dan aktiviti PSS sehingga mencapai tahap PSS cemerlang.

    RAKAMAN &; SUNTINGAN VIDEO

    Membantu dan melatih guru-guru dalam proses suntingan video dalam P &; P.

    MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA

    Merancang / mengendalikan / menguruskan kursus &; bengkel serta program-program khas yang diperlukan oleh guru.

    PENGEDARAN & RAKAM SALIN CDRI

    Menjadi pusat pengedaran CDRI terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia ke sekolah-sekolah ahli.

    MENGURUSKAN PENGGUNAAN PERALATAN TEKNOLOGI BTP

    Antara peralatan yang terdapat di PKG ialah: Peralatan ICT, PA Sistem, Photostat.

     

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

    PENAFIAN: SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWASANYA:-

    Pemilik blog PKG KG CHAP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen atau catatan yang tercatat dalam ruangan ulasan. Sebarang komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

    POLITICS$type=left$va=0$count=3

    TECH$type=three$author=hide$comment=hide$rm=hide

    BY READERS$type=blogging$cate=2$count=4

    FASHION$type=two$h=0$meta=0$rm=0$snip=0

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *

    Followers

    HELPDESK ICT, VLE FROG DAN TALIAN INTERNET 1BESTARINET

    HELPDESK ICT, VLE FROG DAN TALIAN INTERNET 1BESTARINET

    PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

    PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
    Ybrs En Zaidi bin Yazid

    KETUA PENOLONG PENGARAH

    KETUA PENOLONG PENGARAH
    EN NASIR BIN MOHD NOOR

    PT N22 (KUP)

    PT N22 (KUP)
    CIK HABSAH BIN JUSOH

    Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

    Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
    NURSALIZA BT ABD WAHAB

    Footer Logo

    Footer Logo
    KAMSANI BIN SALIP

    BUSINESS$type=complex$count=4

    Jadul Gaji 2016

    JADUAL Pembayaran Gaji 2016
    Jan Feb Mac Apr
    21 25 24 24
    Mei Jun Jul Ogo
    24 23 25 25
    Sep Okt Nov Dis
    22 20 24 20

    EMAIL PILIHAN

    Footer Pages

    TINGGALKAN PESAN UNTUK KAMI

    /fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

    File berkaitan PSS/ICT/NILAM/PUSAT AKSES- Klik Untuk Download

    Popular Posts

    Blog Archive