- Perincian borang pemantuan PSS oleh PKG ke Sekolah: disampaikan oleh En Kamsani Bin Salip(PTP2 PKG).
- Fail Meja dan Fail Pengurusan PSS: disampaikan oleh Pn Fairose Bt Mohd Noor (JU PSS Kelompok PKG KG CHAP dari SK KG CHAP.)
- Pengindeksian akhbar dan majalah: disampaikan oleh Hasanudin Bin Zaini (PTP1 PKG)
- Pengautomasian PSS menggunakan automasi yang dibangun oleh BTP Johor: disampaikan oleh En Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim (JU Bestari kelompok PKG Kg CHAP dari SK Bukit Marak).
28 February, 2010
- 7:44:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Kalau minggu lepas kursus buat guru bestari dan guru NILAM maka hari ini sampailah masa buat guru perpustakaan dan media(GPM) sekolah-sekolah kelompok Pusat Kegiatan Guru Kg Chap. Kursus ini buat bagi membantu guru GPM terlibat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang pengurusan PSS. Antara perkara yang disentuh kali ini ialah:
Pihak PKG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan JU yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan kursus kali ini. Semoga PSS sekolah kelompok PKG KG CHAP semakin mantap.Sekian
Sebahagian Peserta Kursus GPM
Ucapan dan harapan PTP1
Orang Berbudi PKG Berbahasa- Sedikit cenderahati kepada JU Tn. Ismail
En Kamsani menyampaikan cenderahati buat JU Pn Fairose
Selesai kursus, menjamu selera
25 February, 2010
- 5:24:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti PPD
- No comments
Bertempat di Dewan Utama Pusat Latihan Ko-Kurikulum Tangok Bachok, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Pertama bagi Pejabat Pelajaran Daerah Bachok. Semua Pengetua, Guru Besar dan staff sokongan sekolah-sekolah Daerah Bachok telah dijemput ke majlis yang julung kali diadakan pada tahun 2010 ini.Perhimpunan bulanan ini juga telah disempurnakan dengan ucap utama yang telah disampaikan oleh tetamu khas iaitu Tn. Haji Ghazali Bin Abd Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan. Tema perhimpunan bulanan PPD Bachok kali ini adalah " PENGURUSAN MASA BERKUALITI, MENINGKAT PRODUKTIVITI". Sesungguhnya tema ini adalah tepat dan kena pada masanya. Tuan Pengarah Pelajaran telah mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada semua warga pendidik dan kakitangan Pelajaran di Daerah Bachok agar mementingkan pengurusan masa yang berkualiti agar keberkatan dapat diraih dan natijah akhirnya ialah kecemerlangan akan menyusul sebagai gajaran dan bonus. Kami di PKG mengucapkan tahniah kepada PPD atas inisiatif dan kejayaan menjayakan program ini. Dalam masa yang sama PPD juga telah memberi pengiktirafan kepada pengurusan sekolah menengah dan rendah yang tebaik di Daerah Bachok, dan ianya telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan.
Tuan Pengarah Pelajaran memberi amanat beliau
Bacaan Ikrar
Pengetua SMK Sri Gunung antara penerima anugerah
Pengarah dan Pegawai PPD Bachok bersama barisan penerima anugerah.
24 February, 2010
- 5:47:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Seramai 16 orang guru NILAM hadir di Dewan Seminar PKG KG CHAP bagi memenuhi tuntutan pemantapan pengurusan NILAM yang dianjurkan oleh PKG. Kursus ini diadakan bagi membantu guru menguruskan NILAM di sekolah masing-masing. Adalah diharapkan selepas ini NILAM dapat disemarakkan di peringkat sekolah sesuai dengan hasrat PPD dan BTPN Kelantan. Kursus kali ini telah disampaikan oleh penceramah utama iaitu Pn. Fairose Bt Mohd Noor dari SK KG CHAP dibantu oleh En. Kamsani Bin Salip(PTP2 PKG) dan En. Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim yang menyentuh tentang e-NILAM.
Penceramah utama NILAM kali ini
Para Peserta Kursus
Sesi e-NILAM
23 February, 2010
- 4:43:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Khidmat bantu ini melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan hardware, "formating" dan "installation windows" terhadap 20 buah Desktop PC di makmal komputer SM Sri Gunong atas permintaan sekolah kelmarin. Alhamdulillah ianya telah dilaksanakan dengan jaya. Terim kasih kepada FT dan Fasilitator yg juga membantu.
Gambar yg dipetik dari web SMK SRI GUNUNG
22 February, 2010
- 8:54:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Hari ini agak sibuk bagi PKG KG CHAP. Apa tidaknya dua agenda besar berjalan serentak.
- Pertama seramai 16 orang guru penyelaras makmal komputer sekolah kelompok PKG hadir ke makmal komputer SMK Sri Gunong bagi menghadiri kursus penyelenggaraan komputer anjuran PKG KG CHAP. Kursus diadakan bagi memantapkan pengetahuan guru-guru terhadap pengurusan "hardware" dan "software" komputer sekolah masing-masing. Kursus ini bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Fasilitator yang dijemput dalam kursus kali ini ialah En Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim dari SK Bukit Marak. Rata-rata peserta kursus menyatakan kursus kali ini menarik tetapi agak kecewa kerana dijalankan dalam waktu yang sangat singkat. Akibat dari kekangan masa sukatan isi pelajaran tidak dapat disempurnakan dengan baik terutama dalam membuat" formating windows" menggunakan GHOST. Untuk pengetahuan semua, PKG merancang untuk membuat kursus ini selama dua hari tetapi tidak mendapat kelulusan dari PPD. Maka terpaksa dibuat satu hari sahaja. Para peserta begitu bersemangat dan memohon agar diadakan sekali lagi kursus khusus untuk subjek "formating windows" ini kerana ianya bakal memudahkan mereka mengurus komputer di sekolah. Kami bagi pihak PKG akan cuba mengadakan kursus lanjutan. Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Sri Gunong(Pn Hajah Hasmah Bt Mat Jais), Guru Penyelaras Bestari SMK Sri Gunong( En Mohd Rusman Bin Ismail), Fasilitator SMK Sri Gunong( En Nik Mohd Hafiz) dan FT 17 SMK Sri Gunong(Cik Wan Nur Rosnani) di atas kerjasama yang diberikan.Tidak ketinggalan pegawai PPD dan semua yang terlibat. Semoga kerjasama ini berpanjangan. Jasa dan budi kalian hanya Allah yang membalasnya.
- Dalam masa yang sama PKG juga telah dipantau oleh pihak BTPN Kelantan. En Nik Ariff dari unit Pengurusan PKG telah hadir untuk melihat dan menilai "kerja buat PKG" serta memberi bimbingan, dan nasihat kepada kami di PKG agar lebih berkesan. Kepada En Nik Arif dari BTPN Kelantan terima kasih atas kunjugan anda.
En Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim menurunkan ilmunya
PTP1 dengan peserta kursus
Tunjuk ajar dari En Kamsani B Salip(PTP2)
Peserta sedang tekun melakukan kerja-kerja penyelenggaran
Peserta sedang sibuk memasang semula komputer masing-masing
Orang berbudi kita berbahasa.....adat melayu terus dijunjung
21 February, 2010
- 3:40:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Kami warga PKG KG CHAP mengucapkan " SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL" kepada semua umat islam di seluruh dunia, khusus buat warga sekolah-sekolah kelompok PKG KG CHAP. Semoga sambutan tahun ini diiringi dengan azam untuk menghayati perjuangan Baginda S.A.W dan cuba seberapa banyak untuk mengamalkan SUNNAH Baginda. Tidak lupa juga kepada semua warga PKG di seluruh Kelantan. Mudah-mudahan kita semakin dekat dengan Baginda Rasulullah S.A.W.
Dapatkan Biodata Rasulululah di http://pkgkgchap.blogspot.com/p/biodata-rasulullah-saw.html
Dapatkan tulisan dan ulasan berkaitan Maulid di http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm
14 February, 2010
- 10:46:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Berikut adalah ringkasan e-mail yang diterima dari Sektor Pengurusan Akademik JPN(Unit LDP) dan PPD Bachok (unit LDP).
Perkara:Pelaksanaan Latihan Guru Secara School-Based Tahun 2010
Surat Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011 telah mencadangkan bagi tujuan penjimatan, kaedah conventional face to face diganti dengan kaedah blended approach seperti program Mentor-Mentee, Peer Coachig dan Book Review untuk dilaksanakan di sekolah.Oleh itu,bagi tahun 2010 strategi pelaksanaan latihan guru secara school-Based akan dilaksanakan mulai Februari 2010 kepada semua sekolah adalah seperti berikut :
- In House Training yang telah dilaksanakan hendaklan diteruskan dan
- Kaedah Book Review dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah in house training bagi mencukupi jumlah kursus selama 7 hari.
- Bahagian Pendidikan Guru akan melaksanakan pemantauan terhadap kaedah blended approach dari semasa ke semasa secara rawak untuk memastikan Dasar Latihan Sumber Manusia dilaksanakan
Kepada semua sekolah dan s/u LDP sila dapatkan File Aplikasi KMLDP Versi 2010 dan Garis Panduan Pelaksanaan secara Book Review sebagi panduan pihak sekolah bagi melaksanakan kursus di laman web http://akademik2u.blogspot.com/
13 February, 2010
- 12:53:00 AM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Salam 1 Malaysia dan Salam Kegemilangan,
Saya dan warga PKG KG CHAP mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Guru berbangsa Tionghua khususnya di dalam kelompok PKG KG CHAP amnya di seluruh negara..Semoga tahun Harimau ini dirayakan dengan penuh kegembiraan dan semoga tahun baru ini dilimpahi dengan kesejahteraan dan kesihatan yang baik bagi saudara/saudari serta ahli keluarga yang lain.
Sekali lagi saya mengucapkan “GONG XI FA CAI”.
10 February, 2010
- 8:45:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti PPD
- No comments
Semua guru LINUS di Daerah Bachok hari ini hadir ke PKG KG CHAP untuk bermesyuarat bersama PPD Bachok. Sememangnya salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah dipertanggunjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA dan salah satu dari sub itu ialah Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012. Bagi memastikan LINUS ini berjalan seperti yang dikhendaki maka mesyuarat ini diadakan. Tahniah kepada Unit Bahasa PPD Bachok yang di terajui oleh Pn Soo Ah Khem yang telah mengambil langkah proaktif dalam memastikan program ini mencapai tahap KPI yang ditetapkan. Melihat kepada seriusnya agenda LINUS ini dijayakan maka Pegawai PPD sendiri iaitu Tn Hj Abdul Aziz Bin Abdullah telah hadir dalam mesyuarat tersebut bagi menyampaikan hasrat dan harapan beliau kepada semua guru-guru LINUS di Daerah Bachok ini. Bagi guru yang ingin mengenali LINUS sila download power point di folder LINUS dalam menu Fail untuk di download. Sekian.
Pendaftaran Peserta
Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah
Suasana Mesyuarat Berjalan Dalam Suasana Tertib
Sebahagia Dari Guru LINUS Daerah Bachok
09 February, 2010
- 8:13:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Mesyuarat guru penyelaras ICT @ guru makmal komputer sekolah-sekolah kelompok PKG KG CHAP telah bermula jam 2.30 petang dengan dihadiri semua guru GPB iaitu seramai 16 orang. Mesyuarat juga telah dihadiri oleh Pengerusi PKG Pn Azariah Bt Ahmad dan wakil PPD Bachok iaitu En Che Zahari bin Che Ali Pegawai Unit ICT PPD Bachok. Dalam mesyuarat kali ini beberapa perkara penting telah disentuh dan dipersetujui diantaranya:
- Sekolah bersetuju menjadikan keputusan "star rating" pembestarian sekolah dijadikan TOV sekolah dalam usaha sekolah mencapai status sekolah bestari dan dijadikan petunjuk kepada KPI yang hendak dicapai.
- Pengumpulan data berkaitan ICT di selaraskan antara PPD dan PKG serta memberi maklumbalas dalam tarikh yang ditetapkan.
- Wakil PPD bersetuju untuk memanjangkan isu kekurangan guru di sekolah menyebabkan guru GPM dibebani waktu mengajar yang banyak sehingga tidak mampu untuk menyelia makmal dengan baik.
- PKG bersetuju untuk membuat kursus kongfigurasi, formating dan baik pulih(maintainance) PC(Akan diadakan pada 22 dan 23hb Feb 2010 ). SMK Gunong bersetuju untuk menjadikan makmal komputernya untuk di baik pulih dan diformat sepenuhnya. Satu lawatan"Bachmarking "ke makmal SK Gunong akan diadakan disebelah petang hari akhir kursus tersebut.
- Khidmat bantu pengurusan makmal komputer juga ditawarkan kepada sekolah yang berminat selain yang ditetapkan oleh PKG.
- PPD memaklumkan segala urusan penyelenggaran bangunan hendaklah dibuat surat permohonan kepada bahagian pembangunan PPD.
- Segala surat yang diperpanjangkan ke JPN sebaiknya di s.k ke PPD dan PKG jika berkaitan dengan peralatan ICT atau bangunan makmal.
- PPD juga akan cuba mendapatkan servis "aircond" makmal secara berpusat di seluruh PPD melalui JKR.
- Bagi SMK Gunong Dan SMK Kubang Telaga yang tiada talian schoolnet diharap segera membuat rayuan ke BTP agar dipercepatkan proses perpindahan teknologi wireless ke ADSL.
- Bermula Mac ini PPD memaklumkan semua surat menyurat adalah kearah "paper less". Sekolah hendaklah berikhtiar untuk mengunakan email sebagi alternatif komunikasi.
- Sekolah juga dimaklumkan agar membuat surat kepada PPD untuk memohon dakwat printer (tertakluk kepada peruntukan).
- Laporan STS hendaklah diteruskan seperti biasa.
- PPD menyatakan subjek ICTL adalah wajib dijalankan disekolah. Modul boleh didapati di PKG KG CHAP sedikit masa lagi hasil sumbangan Cikgu Tuan Ismail dari SK Bukit Marak.
- Subjek ICT/ ICTL tiada peruntukan perkapita di sekolah. Sumber kewangan bagi aktiviti subjek tersebut perlu berbincang dengan pengurusan pihak sekolah.
- PKG telah menjadikan Makmal Komputer SMK Pak Badol dijadikan "Benchmarking" sekolah menengah dan SK Kolam dan SK Gunong bagi sekolah rendah. Dalam hal ini juga PPD juga telah memilih makmal SK KG Chap sebagai makmal yg akan di jadikan "benchmarking" bagi PPD. Apa yang menariknya semuanya adalah dibawah kelompok PKG KG CHAP.
Sebenarnya pelbagai isu telah diketengahkan dalam suasana mesyuarah yang mesra dan tertib. Semoga ini akan menjadi titik permulaan kepada langkah yang seterus. Akhirnya kami warga PKG mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua guru yang hadir teristimewa kepada wakil PPD dan Pengerusi PKG diatas kesudian datang bagi menyempurnkan mensyurat kali ini. Sekian.
Suasana Mesyuarat
En Che Zahari Che Ali(Unit ICT PPD),Pn Azariah Bt Ahmad(Pengerusi PKG) dan PTP1
Sebahagian GPB
Guru GPMB sekolah kelompok PKG
Menikmati Jamuan Laksa Penang
Berbincang sambil makan
08 February, 2010
- 7:39:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Hari ini seramai 16 orang guru GPMS telah hadir ke PKG bagi merancang aktiviti PKG yang bersangkut paut dengan PSS. Selain dari berbincang hala tuju aktiviti PSS PKG dan PSS masing-masing, kami turut menerangkan laporan status IQPSS untuk dijadikan TOV PSS masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan guru GPM sekolah kelompok kami menetapkan tahap peratus KPI PSS yang hendak dicapai pada tahun ini. Video koperat PSS SMKPS juga telah ditayangkan kepada guru GPM bagi memberi gambaran dan suasana sebuah PSS yang cemerlang. Mesyuarat kali ini pada dasarnya telah memutuskan bahawa semua GPM dan PKG telah bersetuju untuk:-
- Meningkatkan taraf PSS masing-masing selaras dengan hasrat PPD iaitu mencapai sekurang-kurang 60% markah pemantauan oleh PKG/PPD.
- Menyemarkkan NILAM dengan menggunakan program e-nilam yang akan di beri pada guru PSS dan guru NILAM( Akan diberi kursus pada 24-25hb Feb 2010)
- Bersetuju agar guru NILAM dan GPM adalah guru yang berbeza bagi memudahkan pengurusan NILAM dan PSS.
- Sesuai dengan keputusan mensyuarat pengurusan pada 7-1-2010, guru GPM wajib memegang guru perpustakaan.
- PKG bersetuju membuat khidmat bantu mengikut permintaan dari sekolah selain dari SKT yang ditetapkan kepada kami.
- GPM dan PKG bersetuju menjadikan SMK Puteri Saadong sebagai "Benchmarking" PSS dalam kelompok PKG KG CHAP dan SMK Kubang Kerian 1 "BenchMarking" diluar kelompok PKG. Satu lawatan akan diatur oleh PKG dengan kerjasama PPD bagi melawat sekolah SMKPS dalam masa yang terdekat( 25hb Feb 2010)
- Menetapkan PSS PKG dijadikan PSS 4@5 bintang dengan program khidmat bantu dari GPM sekolah kelompok.
- Bersetuju mengguna pakai sistem automasi PSS dari Johor yang sebagai sistem aotumasi PSS bagi sekolah yang tidak ada sistem automasi lagi. ( Akan diberi kursus pada -22hb Feb 2010)
- Mana-mana guru yang belum dilantik sebagai GPM oleh JPN nama mereka akan dihantar ke PPD untuk dibuat tindakan lantikan oleh JPN( Tindakan Pegawai Unit Bahasa PPD Bachok).
Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepada semua GPM yang hadir. Semoga segala usaha kita semua akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kami di PKG sentiasa cuba membantu anda. Insya Allah.
Suasana di Bilik Mesyuarat
Antara GPM yang hadir
Mesyuarat kali ini adalah "paper less"- guna CD
Medaftar Kehadiran
Sesi perbincangan berjalan dalam suasana kekeluargaan
07 February, 2010
- 7:47:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Sepeti dirancang, bertempat di kamar Seminar PKG KG CHAP, tepat jam 2.30 petang telah berlangsung "Mesyuarat Pengurusan PKG KG CHAP" kali-1 bagi tahun 2010. Mesyuarat ini adalah sangat penting kepada PKG kerana ianya menentukan hala tuju kerja dan aktiviti PKG sepanjang tahun ini. Mesyuarat ini sangat bermakna kerana bukan sahaja dari segi pengisian dan agenda mesyuarat tetapi juga kerana inilah julung kalinya mesyuarat seumpama ini diadakan di bangunan PKG yang baru. Mesyuarat kali ini juga mendatangkan impak yang sangat besar kepada PKG dan semua ahli mesyuarat kerana mandapat sentuhan dari Pegawai Pelajaran Daerah Bachok sendiri iaitu Tn Hj Abdul Aziz Bin Hj Abdullah yang sudi hadir. Selain dari itu kehadiran wakil BTPN Kelantan iaitu En Nik Mohd Arif Bin Nik Yusoff juga telah menyemarakkan lagi suasana mesyuarat. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Pn.Hjh. Azariah Bt Ahmad iaitu Guru Besar SK Kuchelong(Pengerusi PKG yang baru). Dalam mesyuarat kali ini, pelbagai isu telah disentuh terutama yang melibatkan kerjasama sekolah-sekolah dan penambahbaikkan keberkesanan peranan PKG dalam menyegerakan proses pembestarian serta usaha memperkasa PSS dan NILAM di sekolah-sekolah. Sepekara yang menarik ialah cadangan dari para guru besar agar:-
- Mereka AJK diberi surat perlantikan oleh PPD@BTPN kerana menjawat jawatankuasa pengurusan PKG ini agar mereka boleh merasakan ianya satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
- Mesyuarat jawatan kuasa kecil di jalankan di Sekolah Ketua-Ketua AJK yang telah dilantik. Segala urusan tarikh dan surat menyurat dilaksanakan oleh PKG manakala urusan makan minum ditanggung oleh sekolah tersebut. Keadaan ini adalah situasi menang-menang dan dapat menimbulkan rasa kebertanggungjawaban mereka dalam melaksanakan tanggungjawab selaku Jawatankuasa Pengurusan PKG.
- PKG perlu menjelaskan secara terperinci tugas-tugas setiap Jawatankuasa yang ditubuh bila bermesyuarat nanti.
Pegawai PPD Bachok bersama Wakil BTPN dan Pengerusi PKG
Perbincangan Pegawai PPD dan Pegawai BTPN
Sebagahagian dari Guru Besar dan wakil Pengetua yang hadir
Menikmati jamuan ringan selepas bermesyuarat
Pendaftaran peserta mesyuarat
Suasana bilik sebelum mesyuarat diadakan
04 February, 2010
- 7:04:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Seramai 2 orang Fasilitator ICT dari sekolah SMK SRI GUNONG dan SK GUNONG telah hadir ke PKG untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan tentang memformat PC dan notebook di sekolah masing dengan menggunakan cara yang mudah serta menjimatkan masa iaitu menggunakan GHOST. Kaedah ini sememangnya mudah dalam membuat installation atau backup sesebuah komputer. Saya berterimakasih kepada rakan guru dari SK Bukit Marak( Cikgu Tuan Ismail) yang telah menyediakan sistem ini serta mengajar saya menggunakannya bagi membantu sekolah-sekolah kelompok saya. Bayangkan installation hanya memakan masa kurang lebih 10-15minit untuk selesai siap dengan driver sekali bagi setiap komputer. Sesungguhnya banyak lagi yang saya perlu dipelajari dari beliau. Kedua-dua fasilitator ini teruja apabila didedahkan serba sedikit tentang sistem ini. Semoga kedua-dua fasilitator ini mengembangkannya pula kepada rakan-rakan mereka.
Failitator SMK SRI Gunong-baju biru dan SK Gunong-baju merah
03 February, 2010
- 7:49:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Minggu ini kami sibuk melakukan kerja-kerja persediaan bagi menghadapi 3 Mesyuarat pada minggu hadapan. Bermula pada hari Ahad(7hb Feb 2010- Mesyuarat pengurusan PKG yang melibatkan semua guru besar dan Pengetua sekolah kelompok), diikuti dengan hari Isnin(8hb Feb 2010-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang melibat guru-guru GPM sekolah kelompok) manakala Selasa(9hb Feb 2010-Mesyuarat Guru-Guru Penyelaras Bestari dan Guru Peneyelaras Makmal Komputer sekolah kelompok). Namun dicelah-celah kesibukan itu kami sempat hadir ke majlis preview video koperat PSS Cemerlang di SMKPS. Dengan terhasilnya video koperat ini akan menjadikan PSS ini lebih cemerlang dan dijangka mampu menjuarai pertandingan PSS Cemerlang peringkat Negeri Kelantan 2010 dalam katogeri Sekolah Luar Bandar. Maaf saya tidak dapat "upload" lagi video tersebut, memandangkan ianya belum dilihat oleh para juri. Nanti bila sudah dilihat juri insyaAllah saya kongsikan video tersebut. Akhirnya saya bagi pihak PKG KG CHAP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutama Pn Hajah KPP BTPN Kelantan di atas kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada kami serta Tahniah! kepada semua yang terlibat seperti sdr Tn Hj Roslan dan juga Pengetua, Penolong-Penolong Kanan,guru-guru SMKPS terutama AJK PSS.. You all so superb!!. Teruskan usaha gigih kalian... insyaAllah kami membantu sedaya kami..
Terpukau dengan Video Koperat!!
01 February, 2010
- 6:42:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti PPD
- No comments
Bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Puteri Saadong jam 2.30 petang telah berlangsung satu taklimat yang julung kali kali diadakan oleh PPD kepada semua Pengetua,Guru Besar dan Guru Penyelaras Media sekolah-sekolah di Daerah Bachok. Taklimat ini diadakan untuk memberi suntikan dan nafas baru kepada semua kepimpinan sekolah dan GPM agar memperkasakan semulakan PSS masing-masing selaras dengan keperluan semasa iaitu berasaskan KPI(Key Performence Indicator). Taklimat diberi oleh Pn.Soo Ah Khem(Pegawai Bahasa PPD Bachok) dan Ucap utama disampaikan oleh Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Sendiri iaitu Tn Hj Abd Aziz Bin Abdullah. Antara intipati taklimat adalah :-
- Mahu melihat PSS Sekolah Daerah mencapai sekurang-kurang 60% markah pemantauan oleh BTPN/PPD/PKG.
- Sekurang-kurangnya semua PSS di PPD Bachok mencapai 3 bintang dalam penarafan IQPSS
- Guru GPM diharap diberi pertimbangan pengurangan masa mengajar agar mereka dapat membangunkan PSS.
- PSS hendaklah sentiasa Berfungsi dan Bersih.
- Program NILAM perlu disemarakkan agar dapat membantu murid mencapai kecemerlangan akademik.
Selesai taklimat Pegawai PPD dan Guru-guru sempat membuat tinjauan ke PSS SMK Puteri Saadong dan sempat memberi motivasi kepada guru-guru PSS SMKPS dalam menghadapai pertandingan PSS Cemerlang peringkat PPD. Tinjauan ini sangat bermakna buat kami di PKG dan guru-guru SMKPS.
Adalah diharapkan selepas taklimat ini akan berlaku satu lonjakkan saujana di PSS sekolah-sekolah Daerah Bachok. Tahniah buat PPD kerana berjaya membuat taklimat seperti ini. Kami percaya berkat usaha bersepadu antara BTPN Kelantan dan PKG bersama PPD Bachok akan membuahkan hasil yang luar biasa dimasa mendatang. Akhir sekali terima kasih tidak terhingga dari kami dan PPD kepada Pengetua SMKPS dan warga SMKPS yang menyediakan tempat taklimat dan jamuan.
Ucapan Pegawai PPD
Peserta Taklimat
Tinjauan Pegawai PPD di PSS SMKPS
Bersama Guru PSS
Subscribe to:
Posts (Atom)