Kutipan data bagi SPPICTS akan bermula dari 20 Jun sehingga 9 Julai 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.
26 June, 2010
- 10:10:00 AM
- admin kg chap
- No comments
SPPICTS 2/2010

16 June, 2010
- 11:14:00 AM
- admin kg chap
- No comments
Saya ingin mengambil sedikit ruang dalam blog ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan KPP BTPN Kelantan Pn Hajah Mazenah Bt Mohamed, Pengarah BTP Bukit Kiara Datin Y. Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani , dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Operasi Pendidikan) Dato' Hajah Noor RizanRezan Bt Bapoo Hashim serta Sdr Drs Amran dari Jabatan Pelajaran Kelantan yang telah memberi kelulusan kepada saya untuk bertugas sebagi guru semula. Untuk pengetahuan semua ramai lagi pegawai-pegawai BTPN Kelantan yang memohon untuk "turun" semula ke sekolah. Walaubagaimanapun saya bertuah kerana hasil kerjasama semua permohonan saya menjadi kenyataan.
Saya tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dan bangga saya selama saya terlibat dengan BTPN Kelantan selama hampir 8 tahun. Sedih kerana hendak meninggalkan teman-teman seperjuangan dalam rangkaian BTP,BTPN dan PKG. Terlalu banyak kenangan antara kami. Begitu juga dengan PPD Bachok, para Pengetua, Guru Besar dan para guru di Kelompok PKG KG CHAP yang semuanya baik-baik belaka. Tidak ketinggalan rakan setugas En Kamsani Salip, Cik Nur Saliza dan En Ghani dan Pn Maizan yang banyak membantu saya membangunkan PKG KG CHAP di tapak baru. Jasa kalian tetap dalam ingatan.
Kepada semua yang mengenali diri saya ini saya memohon ampun dan maaf di atas kekasaran dan keterlanjuran kata semasa kita berbicara, mungkin jugak dek kerana lagak dan gaya saya yang tidak menyenangkan. Buat para pegawai BTPN dan Pn KPP maaf jua dipohon jika ada kekurangan sebagai insan lemah dalam menjalankan tuigas yang diamanahkan. Segala tunjuk ajar menjadi dorongan buat saya. Buat rakan-rakan yang sama-sama memohon untuk " turun " ke sekolah, jangan bimbang! InsyaAllah gilirin kalian akan tiba jua..
Walaupun kali ini saya ditugaskan diluar dari PPD Bachok, hati saya tetap berada di sini. Saya doakan PPD Bachok akan terus maju jaya walaupun keringat saya ditumpah ke PPD lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)