Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts
13 May, 2010
- 5:56:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Dapatkan Perutusan Menteri Pelajaran dan KPPM sempena sambutan Hari Guru 2010 di Folder Perutusan Hari Guru.. Terimakasih.
- 5:40:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Para guru boleh mendapatkan lagu-lagu hari guru di blog PKG dengan cara download lagu tersebut di folder Lagu Untuk Acara atau bagi Lagu Tema Hari Guru 2010 - "Guru Pembina Negara Bangsa" bpleh kilik di http://www.moe.gov.my/hariguru/lagu.html.
Berikut disertakan juga senikata lagu "Guru Pembina Negara Bangsa".
06 May, 2010
- 9:42:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Kami warga PKG KG CHAP merakamkan ribuan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru ICT yang telah bertungkus lumus menjawab semua soalan yang diberikan dalam pemantauan SPPICTS secara online. Walaupun pada peringkat awal sistem SSQS ini menhadapai sedikit kegagalan kefungsiaan tetapi guru-guru ICT tetap bersabar. Saya secara peribadi tabik spring kepada kalian semua kerana dicelah-celah kesibukan dan kegagalan sistem semuanya dapat diselesaikan. saya ucapkan SYABAD DAN TAHNIAH.. serta TERIMA KASIH
24 April, 2010
- 11:26:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Kami warga PKG mengucapkan takziah kepada 2 keluarga pelajar SMK Sri Gunong yang maut dalam kemalangan di KM 50 jalan Merapoh - Kuala Lipis semalam. Mangsa ialah Nor Atikah Mohd Asri dan Siti Aminah Bt Mohd Darus. Seorang lagi pelajar, Nor Aziela Mohd mengalami cedera parah dan masih dalam keadaan koma, sedang dirawat di Hospital Sultan Hj Ahmad Shah Temerloh Pahang. Tiga sahabat ini dalam perjalanan ke UPM Serdang bagi menghadiri temuduga bagi kemasukan Universiti sesi Jun-Julai ini. Apa yang lebih memilukan hari ini datuk kepada arwah Siti Aminah pula telah pulang kerahmatullah mengikuti jejak cucunya akibat dari sakit tua. Kami warga PKG mendoakan semoga semua yang kembali ke Rahmatullah di cucuri rahmat dan roh mereka di tempatkan bersama orang-orang yang soleh. Manakala yang masih lagi di hospital mudah-mudahan cepat sembuh. Kepada ahli keluarga yang terlibat diharapkan bersabar dalam menerima dugaan dan ketentuan Ilahi.- Al-Fatihah
20 April, 2010
- 9:53:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
SPPICTS 1/2010
Kutipan data bagi SPPICTS akan bermula dari 12 April sehingga 9 Mei 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.
Berikut adalah jadual kutipan data.
Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010
Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)
*
Harap maklum.
Kutipan data bagi SPPICTS akan bermula dari 12 April sehingga 9 Mei 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.
Berikut adalah jadual kutipan data.
Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010
Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)
*
Bil | Tarikh | Bil. Hari | Negeri |
1. | 12 - 13 April 2010 | 2 | Johor |
2. | 14 - 15 April 2010 | 2 | Perak |
3. | 16 April 2010 | 1 | Melaka & Perlis |
4. | 17 April 2010 | 1 | Terbuka kepada semua negeri |
5. | 18 April 2010 | 1 | Kelantan |
6. | 19 - 20 April 2010 | 2 | Sabah |
7. | 21 - 23 April 2010 | 3 | Sarawak |
8. | 24 April 2010 | 1 | Terbuka kepada semua negeri |
9. | 25 - 26 April 2010 | 2 | Kedah |
10. | 27 - 28 April 2010 | 2 | Selangor |
11. | 29 April 2010 | 1 | Negeri Sembilan |
12. | 30 April 2010 | 1 | Pahang |
13. | 1 Mei 2010 | 1 | Cuti Umum - Hari Pekerja |
14. | 2 Mei 2010 | 1 | Terbuka kepada semua negeri |
15. | 3 Mei 2010 | 1 | Pulau Pinang |
16. | 4 Mei 2010 | 1 | Terengganu |
17. | 5 Mei 2010 | 1 | WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya |
18. | 6 - 9 Mei 2010 | 4 | Terbuka kepada semua negeri yang terlewat |
Catatan:
· Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ).
· Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri.
· Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat. Harap maklum.
- 9:49:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan di BTPN Kelantan bermula jam 9.00 pagi hingga ke jam 5.30 petang. Puan KPP dan En Nik Rosli telah hadir dalam mesyuarat kali ini. Tidak semua PTP1 yang hadir dalam mesyuarat kali ini. Pelbagai isu telah bangkitkan terutama berkaitan dengan keberkesanan tugasan di PKG.
04 April, 2010
- 12:16:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Kami warga PKG mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada YBrs.Tn.Hj Husain Bin Awang sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.
25 March, 2010
- 12:23:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Sila ambil perhatian kepada semua Guru Besar dan Pengetua sila pastikan kutipan data SPPICTS dapat dilengkapkan mengikut jadual di laman web http://ssqs.moe.edu.my/. Berikut adalah kenyataan dari Laman Web KPM berkaitan SPPICTS:-
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) 2010
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT di Sekolah (SPPICTS) telah ditambah baik menjadikan pemantauan semakin menyeluruh. Beberapa dimensi baru telah dimasukkan ke dalam sistem pemantauan ini. Dimensi pemantauan kini meliputi:
1. Pusat Akses Sekolah
2. Makmal Komputer
3. Capaian Internet
4. Perisian Kursus Pendidikan
5. Peralatan PPSMI
6. Perkongsian Pintar
7. EduWebTV
8. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
Kutipan data penggunaan inisiatif ICT di sekolah akan dilaksanakan secara online sebanyak tiga (3) kali iaitu:
a. 21 Mac hingga 9 April 2010
b. 20 Jun hingga 9 Julai 2010
c. 19 September 8 Oktober 2010
Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dikemukakan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan masa yang telah ditetapkan.
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) 2010
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT di Sekolah (SPPICTS) telah ditambah baik menjadikan pemantauan semakin menyeluruh. Beberapa dimensi baru telah dimasukkan ke dalam sistem pemantauan ini. Dimensi pemantauan kini meliputi:
1. Pusat Akses Sekolah
2. Makmal Komputer
3. Capaian Internet
4. Perisian Kursus Pendidikan
5. Peralatan PPSMI
6. Perkongsian Pintar
7. EduWebTV
8. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
Kutipan data penggunaan inisiatif ICT di sekolah akan dilaksanakan secara online sebanyak tiga (3) kali iaitu:
a. 21 Mac hingga 9 April 2010
b. 20 Jun hingga 9 Julai 2010
c. 19 September 8 Oktober 2010
Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dikemukakan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan masa yang telah ditetapkan.
24 March, 2010
- 11:27:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Kami warga PKG KG CHAP merafak sembah, menjunjung kasih mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke-60 ke bawah DYMM Al-Sultan Kelantan. " DAULAT TUANKU".
09 March, 2010
- 12:39:00 AM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Kami di PKG KG CHAP tidak tahu hendak gambarkan betapa gembiranya bila keputusan STPM 2009 diumumkan, apa tidaknya apabila salah sebuah sekolah dalam kelompok PKG ini telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Saya beri tabik spring kepada Pn.Pengetua dan para guru SMK Sri Gunung yang bertungkus lumus memastikan pelajar mereka berjaya. Kepada pelajar yang berjaya Tahniah! saya kepada anda sekalian dan sekalung bunga buat ibu bapa kalian kerana berjaya mendorong kalian berjaya. Kami warga PKG sekadar tumpang gembira. Berikut senarai pelajar dan keputusan umum yang dicapai oleh SMK Sri Gunung:
Senarai Pelajar Cemerlang SMK Sri Gunung
5 PRINSIPAL A
NURUL HIDAYAH BINTI SAMUDIN (SMK SRI GUNUNG)
Gred Purata 4.00
SITI ROSMARINA BINTI ABDUL HAMID (SMK SRI GUNUNG)
Gred Purata 4.00
NORSHAMIMI BINTI AHMED (SMK SRI GUNUNG)
Gred Purata 4.00
BILANGAN PELAJAR MENDAPAT 5P- 76 ORANG
BILANGAN PELAJAR MENDAPAT 4P- 54 ORANG
BILANGAN PELAJAR MENDAPAT 3P- 41 ORANG
BILANGAN PELAJAR MENDAPAT 2P- 17 ORANG
BILANGAN PELAJAR MENDAPAT 1P- 5 ORANG
TAHNIAH ,TAHNIAH DAN TAHNIAH!!!!!!
21 February, 2010
- 3:40:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Kami warga PKG KG CHAP mengucapkan " SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL" kepada semua umat islam di seluruh dunia, khusus buat warga sekolah-sekolah kelompok PKG KG CHAP. Semoga sambutan tahun ini diiringi dengan azam untuk menghayati perjuangan Baginda S.A.W dan cuba seberapa banyak untuk mengamalkan SUNNAH Baginda. Tidak lupa juga kepada semua warga PKG di seluruh Kelantan. Mudah-mudahan kita semakin dekat dengan Baginda Rasulullah S.A.W.
Dapatkan Biodata Rasulululah di http://pkgkgchap.blogspot.com/p/biodata-rasulullah-saw.html
Dapatkan tulisan dan ulasan berkaitan Maulid di http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm
14 February, 2010
- 10:46:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Berikut adalah ringkasan e-mail yang diterima dari Sektor Pengurusan Akademik JPN(Unit LDP) dan PPD Bachok (unit LDP).
Perkara:Pelaksanaan Latihan Guru Secara School-Based Tahun 2010
Surat Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011 telah mencadangkan bagi tujuan penjimatan, kaedah conventional face to face diganti dengan kaedah blended approach seperti program Mentor-Mentee, Peer Coachig dan Book Review untuk dilaksanakan di sekolah.Oleh itu,bagi tahun 2010 strategi pelaksanaan latihan guru secara school-Based akan dilaksanakan mulai Februari 2010 kepada semua sekolah adalah seperti berikut :
- In House Training yang telah dilaksanakan hendaklan diteruskan dan
- Kaedah Book Review dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah in house training bagi mencukupi jumlah kursus selama 7 hari.
- Bahagian Pendidikan Guru akan melaksanakan pemantauan terhadap kaedah blended approach dari semasa ke semasa secara rawak untuk memastikan Dasar Latihan Sumber Manusia dilaksanakan
Kepada semua sekolah dan s/u LDP sila dapatkan File Aplikasi KMLDP Versi 2010 dan Garis Panduan Pelaksanaan secara Book Review sebagi panduan pihak sekolah bagi melaksanakan kursus di laman web http://akademik2u.blogspot.com/
13 February, 2010
- 12:53:00 AM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Salam 1 Malaysia dan Salam Kegemilangan,
Saya dan warga PKG KG CHAP mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Guru berbangsa Tionghua khususnya di dalam kelompok PKG KG CHAP amnya di seluruh negara..Semoga tahun Harimau ini dirayakan dengan penuh kegembiraan dan semoga tahun baru ini dilimpahi dengan kesejahteraan dan kesihatan yang baik bagi saudara/saudari serta ahli keluarga yang lain.
Sekali lagi saya mengucapkan “GONG XI FA CAI”.
23 January, 2010
- 10:57:00 AM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam.-- BERNAMA
16 January, 2010
- 12:39:00 AM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Pemasangan ASTRO sedang dijalankan bermula di PKG diikuti sekolah-sekolah seawal Januari 2010. Bagi PKG KG CHAP ianya telah dipasang pada petang Rabu(14hb Jan 2010).Pemasangan ini meliputi satu set lengkap perkakasan Kampus ASTRO. Kampus ASTRO terdiri daripada 13 saluran terdiri channel Akademik, Kemahiran Hidup, Aktiviti Luar dan Bersama Komuniti. Semua saluran ini dapat dimanafaatkan untuk tujuan pengajaran-pembelajaran dengan konsep 3R iaitu Rancang, Rakam dan Reka.
15 January, 2010
- 10:29:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Penawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka bermula 15 Januari 2010
Sila buat semakan di sini :
Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2010
Kenyataan Media( Dipetik dari LAMAN WEB RASMI KPM)
Kenyataan Media( Dipetik dari LAMAN WEB RASMI KPM)
PENGAMBILAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)
KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2010
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 46,318 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Empat (4) SBP bagi tahun 2010. Seramai 28,188 orang murid telah berjaya mencapai semua A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun 2009. Manakala tempat yang boleh ditawarkan hanyalah sebanyak 4,500 sahaja.
2. Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Empat (4) SBP akan diumumkan pada 15 Januari 2010 (Jumaat). Semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my. Murid yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP yang berkenaan pada hari Selasa, 2 Februari 2010.
3. Bagi murid yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara atas talian (online) menggunakan e-rayuan. Tempoh rayuan ialah mulai 15hb Januari 2010 hingga 8 Februari 2010. Walau bagaimanapun, keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pada 2 Februari 2010. Rayuan secara bertulis tidak digalakkan.
09 January, 2010
- 5:03:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Kepada semua guru GPM,GPB atau mana guru, kini anda boleh dapatkan file-file berikut dari sidebar "File berkaitan PSS/ICT/NILAM/PUSAT AKSES- Klik Untuk Download" blog ini.
4. Sistem fail PSS,Fail Meja,Fail Kuasa
5. Software e-nilam dan manualnya- sistem ini mewakili BTP Malaysia dalam pertandingan anugerah Inovasi peringkat kebangsaan
Dan lain-lain file..... Selamat memuat turun...
- Software sistem automasi pusat sumber(siaps) format zip-siap.zip dan manualnya format pdf.
- Pekeliling
- masa mengajar GPM,GPB'
- ICT,
- Pusat Akses
- Perkapita PSS untuk membeli barangan
- Program Nilam dan lain-lain pekeliling berkaitan kerja buat anda
4. Sistem fail PSS,Fail Meja,Fail Kuasa
5. Software e-nilam dan manualnya- sistem ini mewakili BTP Malaysia dalam pertandingan anugerah Inovasi peringkat kebangsaan
Dan lain-lain file..... Selamat memuat turun...
07 January, 2010
- 3:17:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Pada suku ketiga 2009 PKG KG CHAP menerima kerja-kerja pembinaan garaj. Garaj berukuran 80 kaki x 18 kaki itu telah pun siap.Ianya mampu menampung 6 buah kenderaan sekali gus. Terimakasih daun keladi diucap pada BTPN atas sumbangan.
05 January, 2010
- 7:26:00 PM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
Tahun baru.. serba baru PT N17 juga baru!! Kami warga PKG KG CHAP mengalu-alukan kedatangan PT N17 Che Ghani Bin Che Hussin ke PKG ini bagi menggantikan Pn Maizan bt Abdullah yang naik pangkat ke SM Teknik Pengkalan Chepa. Harap gembira menjadi keluarga PKG KG CHAP. Selamat bertugas.. Semoga kehadiran saudara akan terus menyemarak semangat dan nama PKG di persada para sekolah.. Welcome/Marhaban ya sheikh..
Subscribe to:
Posts (Atom)