02 March, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN PKG DENGAN GURU BESTARI DAN KURSUS FOTOGRAFI/EDITING GAMBAR

Mesyuarat  ini telah berlangsung di PKG Badak pada 1 mac 2011 jam 8.30-10.30 pagi . Pada jam 11.00 pagi bermulanya kursus fotografi/editing gambar sehingga 2 mac 2011. GPB telah menunjukkan minat dalam kursus fotografi yang telah diberikan oleh fasilitator dari The Kaler Picture Kemaman, Terengganu. Mereka berharap pihak PKG dapat mengadakan kursus lanjutan fotografi.  Terima kasih kepada pihak The Kaler Picture kerana sudi mencurahkan ilmu kepada GPM dengan ikhlas.

  • Pihak PKG akan mengadakan kursus lanjutan fotografi/editing secara terbuka kepada guru-guru daerah Bachok yang berminat.

PTP PKG KG CHAP MENDENGAR PENERANGAN DARI FASILITOR
TERPEGUN
FASILITATOR MENUNJUKKAN KEMAHIRAN
SESI FOTOGRAFI

MESYUARAT PENGURUSAN PKG DENGAN GPM DAN KURUS EDUWEB TV/EDITING VIDEO

Telah dilaksanakan pada 23-24 februari 2011. Semua GPM daerah Bachok telah bermesyuarat dan berkursus di PKG Badak. Program ini dijalankan oleh ketiga-tiga PKG di daerah Bachok. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada fasilitator iaitu En. Iskandar Zulkarnain bin Abdul Rahman dari PKG Beris.

PTP PKG DAERAH BACHOK BERSAMA DENGAN PN. SOO AH KHEM
(UNIT BAHASA PPD BACHOK)
TAKLIMAT PTP1 PKG KG CHAP (EN. KAMSANI SALIP)

PENDAFTARAN

GPM MENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA FASILITATOR

MESYUARAT PENGURUSAN PENGETUA DAN GURU BESAR

Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 9 februari 2011. Pihak PKG mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah hadir iaitu Timbalan Pegawai Daerah Bachok En. Mohamad Faizol bin Yusoff, dari BTPN Pn. Hajah Masydiah binti Jemain, dan juga En. Arif Bahktiar serta pengetua dan guru besar.


UCAPAN TIMBALAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
PTP1 PKG KG CHAP MENJAWAB PERTANYAAN DARI AHLI MAJLIS MESYUARAT


PEMBENTANGAN SKT OLEH PTP1

PENGETUA/GURU BESAR MENELITI LAPORAN


06 November, 2010

USAHA UNTUK MENJAYAKAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DA BAHASA INGGERIS(MBMMBI)

Sesi pertama bermula Januari 2011, Tahun Satu.

Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah program baru yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Bahan Digital Bahasa Malaysia dan English language yang diperolehi adalah untuk kegunaan murid-murid bagi program ini.Kurikulum baru bagi mata-pelajaran Bahasa Malaysia dan English language akan diperkenalkan mulai sesi 2011 di semua sekolah rendah. Bahan digital yang diperolehi adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum terkini. Kurikulum baru Bahasa Malaysia didapati akan memberikan penekanan khusus kepada aspek seni dan aspek tatabahasa.  Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini.Ia perlu mengambil kira aspek seni bahasa (pantun, syair, gurindam) dan merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah. Ia juga akan menitik beratkan penggunaan aspek tatabahasa dan kosa kata yang betul dan tepat.Kurikulum baru English language didapati akan memberikan penekanan khusus kepada language arts dan phonics.  Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini.      Ia akan memberikan pendedahan phonics  kepada pelajar . Ia juga akan memberi pendedahan language arts melalui nursery rhymes, action songs, jazz chants dan stories.

*Perhatian kepada semua guru kelompok pkg kg chap, satu bengkel (MBMMBI) akan diadakan sebelum cuti sekolah di Pkg Kg Chap..Harap Maklum...*






28 September, 2010

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

23 September 2010
Pada tarikh tersebut BTPN Negeri Kelantan telah mengadakan satu majlis perhimpunan dan sambutan hari raya bahagian teknologi pendidikan negeri kelantan.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, lagu Negaraku dan lagu BTPN.Selepas itu, diikuti pula dengan ucapan En Zakaria bin Hassan berkenaan dengan kerja buat kita di PKG.Kemudian disusuli pula dengan ucapan KPP Pn Hjh Mazenah binti Mohamed.  Majlis tersebut dihadiri oleh 27 buah PKG seluruh negeri kelantan dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan iaitu Tuan Haji Hussin bin Awang.Semua warga BTPN berpakaian baju melayu( lengkap) dan pakaian sesuai untuk perempuan.
Pelbagai aturcara telah dirancang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut seperti nyanyian setiap daerah kelompok pkg dan wakil dari Pn Hjh Mazenah bersama-sama dengan ketua unit.

BENGKEL LESTARI I NILAM 2010

20 September 2010, Bengkel i-Nilam peringkat sekolah-sekolah kelompok PKG Kg Chap telah dilaksanakan, dengan kehadiran 16 orang GPMS dan 3 orang JU dari BTPN. Program bermula pukul 8.00 pagi.

GPMS diberi pendedahan berkaitan dengan sistem i-Nilam, dimana bengkel menjurus kepada peranan GPMS, Penyelaras Nilam, Guru Nilam. GPMS diberi latihan cara-cara muat naik data, kemaskini data pelajar. Semua GPMS diminta untuk mengadakan bengkel peringkat sekolah masing-masing terutamanya kepada guru nilam.

Dalam bengkel berkenaan, data murid (SMM) dimuat naik oleh guru GPMS dengan dibantu oleh JU. Pada akhir bengkel 15 data SMM berjaya dimuat naik ke dalam i-Nilam dan 1 data data SMM tidak dapat dimuat naik kerana ada masalah dengan data tersebut.



  


                                                          





PENGISIAN INSTRUMEN SPPICTS KALI KE 3/2010

Kutipan data ketiga bagi SPPICTS bermula dari 19 Sept 2010 sehingga 8 Okt 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.
Sistem tersebut boleh dicapai di alamat http://pnp.moe.edu.my atau http://ssqs.moe.edu.my.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak sekolah boleh menghubungi Pusat Kegiatan Guru Kg Chap .
Semoga kutipan kali ini akan berjaya seperti kutipan sebelum ini.
  

21 July, 2010

BENGKEL PENGISIAN INSTRUMEN SSQS DAN MESYUARAT GURU PENYELARAS BESTARI KELOMPOK PKG KG CHAP

Pada 21 Julai 2010 satu bengkel pengisian instrumen ssqs dan mesyuarat penyelaras bestari telah diadakan di Pkg Kg Chap pada jam 8.30pagi. Kehadiran dihadiri oleh Guru Bestari/ICT kelompok Pkg Kg Chap.Terima kasih kepada semua guru yang hadir pada hari ini.Terlebih dahulu kami memohon maaf kepada semua guru kelompok Pkg Kg Chap di atas kesilapan berkenaan dengan tempat bengkel  yang dijalankan.Sepatutnya kami akan mengadakan bengkel tersebut di Smk Pak Badol tetapi kami terpaksa mengubahnya pada saat akhir kerana ada sedikit masalah teknikal.Kami memohon maaf sekali lagi.Banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat guru bestari seperti status makmal komputer yang masih lagi ada masalah dengan talian seperti Sk Alor Bakat dan Sk Kg Chap.PTP2 En Kamsani juga ada menekankan pasal kad harta modal yang perlu dikemaskini dan rekoad penggunaan makmal komputer.Di dalam mesyuarat itu juga, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru kerana dapat menyelesaikan SPPICTS sebelum tarikh tutup pengisian online tersebut.Kami  juga ada membincangkan tentang penyelenggaraan makmal komputer setiap sekolah kelompok Pkg Kg Chap.Smk Putri Saadong dan Smk Kubang Telaga masih belum ada peruntukan penyelenggaraan tersebut.Satu pasukan ICT akan dibentuk di bawah kelompok Pkg Kg Chap iaitu diantara FT17 Pkg dengan FT17 sekolah untuk membantu sekolah yang menghadapi masalah komputer di sekolah.Penghasilan bahan P&P ada juga dibincangkan di dalam mesyuarat  kali ini dimana setiap sekolah kelompok Pkg Kg Chap akan menghasilkan 1cd ICTL  dan menghantarnya ke Pkg Kg Chap.Kami juga ada memberitahu mengenai Facebook.Setiap sekolah diminta membuat 1 facebook sekolah bagi  memudahkan kami menukar idea sesama kita.Sekolah juga boleh link terus dengan BTPN.Pada pukul 11.00 pg, kami meneruskan dengan bengkel pengisian instrumen ssqs secara offline oleh Ustaz Rosdi dari Sk Kg Chap dimana Sk Kg Chap mendapat 4 bintang pada tahun lepas.Banyak perkara yang dibincangkan iaitu cara-cara menjawab soalan ssqs dengan betul.


19 July, 2010

GOTONG ROYANG PADA 14 JULAI 2010 DI PKG KG CHAP

Pada setiap hari rabu, pkg kg chap akan mengadakan gotong royang bersama-sama dengan staff pkg.Pada hari tersebut, kami dibenarkan memakai pakaian sukan untuk bergotong royong.PTP2 dan N17 akan mengemas bahagian luar kawasan pkg manakala FT17 ditugaskan di dalam pkg.Banyak perubahan telah berlaku di PKG KG CHAP terutama sekali berkenaan dengan lanskap pkg kg chap yang sudah siap dibina oleh PTP2 En Kamsani Bin Salip.Kalau ada masa, boleh lah singgah di PKG KG CHAP untuk melihat sendiri lanskap kolam pkg kg chap yang dipenuhi dengan ikan yang comel-comel..

12 July, 2010

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU EN HASANUDIN BIN ZAINI



Kami warga PKG mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada En Hasanudin bin Zaini sebagai PK Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Pulai Gajah di bawah kelompok Pkg Banggol.Kami telah telah mengadakan satu perjumpaan makan malam sempena pertukaran En Hasanudin bersama- dengan isteri beliau dan kami juga turut menjemput wakil dari BTPN iaitu Pn Masdiyah binti Jemain bersama suami wakil unit pkg.

blogger templates | Make Money Online