06 November, 2010
10:19:00 AM
admin kg chap
No comments
Sesi pertama bermula Januari 2011, Tahun Satu.
Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah program baru yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Bahan Digital Bahasa Malaysia dan English language yang diperolehi adalah untuk kegunaan murid-murid bagi program ini.Kurikulum baru bagi mata-pelajaran Bahasa Malaysia dan English language akan diperkenalkan mulai sesi 2011 di semua sekolah rendah. Bahan digital yang diperolehi adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum terkini. Kurikulum baru Bahasa Malaysia didapati akan memberikan penekanan khusus kepada aspek seni dan aspek tatabahasa. Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini.Ia perlu mengambil kira aspek seni bahasa (pantun, syair, gurindam) dan merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah. Ia juga akan menitik beratkan penggunaan aspek tatabahasa dan kosa kata yang betul dan tepat.Kurikulum baru English language didapati akan memberikan penekanan khusus kepada language arts dan phonics. Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini. Ia akan memberikan pendedahan phonics kepada pelajar . Ia juga akan memberi pendedahan language arts melalui nursery rhymes, action songs, jazz chants dan stories.
*Perhatian kepada semua guru kelompok pkg kg chap, satu bengkel (MBMMBI) akan diadakan sebelum cuti sekolah di Pkg Kg Chap..Harap Maklum...*
Related Posts:
Terima Sumbangan Meja Dari SK KG CHAPPada petang 6hb Januari 2010 PKG KG CHAP telah menerima sebanyak 6 buah meja trapizium dari Guru Besar SK KG CHAP. Sumbangan ini adalah hasil dari perbincangan di antara pegawai PKG dan pihak pengurusan sekolah. Sesungguhnya … Read More
MAKLUMAN: GAMBAR ANUGERAH GEMILANG PPD BACHOKKepada semua penerima anugerah dan para guru yang hadir pada majlis tersebut boleh dapat melihat dan mendapatkan gambar dengan melawati facebook saya. Saya telah uploadkan gambar-gambar di "facebook" saya - nidaruz zuradin. C… Read More
SELAMAT DATANG CHE GHANI BIN CHE HUSSINTahun baru.. serba baru PT N17 juga baru!! Kami warga PKG KG CHAP mengalu-alukan kedatangan PT N17 Che Ghani Bin Che Hussin ke PKG ini bagi menggantikan Pn Maizan bt Abdullah yang naik pangkat ke SM Teknik Pengkalan Chepa. Ha… Read More
PKG Menerima Mesin Fotostat dan BroadbandBaru-baru ni PKG KG CHAP telah mendapat mesin fotostat terpakai dan Broadband dari BTPN Kelantan. Kami warga PKG KG CHAP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan KPP dan pegawai BTPN khususnya Unit pentadbiran dan Unit Pen… Read More
MAKLUMANAssalamualaikum... Pengguna yang dihormati sekelian...Adalah dimaklumkan bahawa pengemaskinian blog PKG KG CHAP sedang dibangunkan. Sehubungan itu, dibawah ini disenaraikan beberapa perkara berkaitan untuk makluman dan tindak… Read More
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment