- Sekolah bersetuju menjadikan keputusan "star rating" pembestarian sekolah dijadikan TOV sekolah dalam usaha sekolah mencapai status sekolah bestari dan dijadikan petunjuk kepada KPI yang hendak dicapai.
- Pengumpulan data berkaitan ICT di selaraskan antara PPD dan PKG serta memberi maklumbalas dalam tarikh yang ditetapkan.
- Wakil PPD bersetuju untuk memanjangkan isu kekurangan guru di sekolah menyebabkan guru GPM dibebani waktu mengajar yang banyak sehingga tidak mampu untuk menyelia makmal dengan baik.
- PKG bersetuju untuk membuat kursus kongfigurasi, formating dan baik pulih(maintainance) PC(Akan diadakan pada 22 dan 23hb Feb 2010 ). SMK Gunong bersetuju untuk menjadikan makmal komputernya untuk di baik pulih dan diformat sepenuhnya. Satu lawatan"Bachmarking "ke makmal SK Gunong akan diadakan disebelah petang hari akhir kursus tersebut.
- Khidmat bantu pengurusan makmal komputer juga ditawarkan kepada sekolah yang berminat selain yang ditetapkan oleh PKG.
- PPD memaklumkan segala urusan penyelenggaran bangunan hendaklah dibuat surat permohonan kepada bahagian pembangunan PPD.
- Segala surat yang diperpanjangkan ke JPN sebaiknya di s.k ke PPD dan PKG jika berkaitan dengan peralatan ICT atau bangunan makmal.
- PPD juga akan cuba mendapatkan servis "aircond" makmal secara berpusat di seluruh PPD melalui JKR.
- Bagi SMK Gunong Dan SMK Kubang Telaga yang tiada talian schoolnet diharap segera membuat rayuan ke BTP agar dipercepatkan proses perpindahan teknologi wireless ke ADSL.
- Bermula Mac ini PPD memaklumkan semua surat menyurat adalah kearah "paper less". Sekolah hendaklah berikhtiar untuk mengunakan email sebagi alternatif komunikasi.
- Sekolah juga dimaklumkan agar membuat surat kepada PPD untuk memohon dakwat printer (tertakluk kepada peruntukan).
- Laporan STS hendaklah diteruskan seperti biasa.
- PPD menyatakan subjek ICTL adalah wajib dijalankan disekolah. Modul boleh didapati di PKG KG CHAP sedikit masa lagi hasil sumbangan Cikgu Tuan Ismail dari SK Bukit Marak.
- Subjek ICT/ ICTL tiada peruntukan perkapita di sekolah. Sumber kewangan bagi aktiviti subjek tersebut perlu berbincang dengan pengurusan pihak sekolah.
- PKG telah menjadikan Makmal Komputer SMK Pak Badol dijadikan "Benchmarking" sekolah menengah dan SK Kolam dan SK Gunong bagi sekolah rendah. Dalam hal ini juga PPD juga telah memilih makmal SK KG Chap sebagai makmal yg akan di jadikan "benchmarking" bagi PPD. Apa yang menariknya semuanya adalah dibawah kelompok PKG KG CHAP.
09 February, 2010
- 8:13:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Mesyuarat guru penyelaras ICT @ guru makmal komputer sekolah-sekolah kelompok PKG KG CHAP telah bermula jam 2.30 petang dengan dihadiri semua guru GPB iaitu seramai 16 orang. Mesyuarat juga telah dihadiri oleh Pengerusi PKG Pn Azariah Bt Ahmad dan wakil PPD Bachok iaitu En Che Zahari bin Che Ali Pegawai Unit ICT PPD Bachok. Dalam mesyuarat kali ini beberapa perkara penting telah disentuh dan dipersetujui diantaranya:
Sebenarnya pelbagai isu telah diketengahkan dalam suasana mesyuarah yang mesra dan tertib. Semoga ini akan menjadi titik permulaan kepada langkah yang seterus. Akhirnya kami warga PKG mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua guru yang hadir teristimewa kepada wakil PPD dan Pengerusi PKG diatas kesudian datang bagi menyempurnkan mensyurat kali ini. Sekian.
Suasana Mesyuarat
En Che Zahari Che Ali(Unit ICT PPD),Pn Azariah Bt Ahmad(Pengerusi PKG) dan PTP1
Sebahagian GPB
Guru GPMB sekolah kelompok PKG
Menikmati Jamuan Laksa Penang
Berbincang sambil makan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment