24 March, 2010
- 2:03:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Setelah 2 kali ditunda tarikh penghakiman PSS di SMKPS, maka pada hari ini rombongan para hakim akhirnya tiba seawal jam 9.00 pagi bagi membuat penghakiman PSS kategori Luar Bandar. Rombongan diketuai oleh Pn Hajah Masdiyah Bt Jemain Penolong Pengarah Unit PSP BTPN Kelantan. Rombongan di sambut meriah dengan iringan bunga manggar dan paluan kertok oleh pelajar sekolah. Ucapan Pengetua, persembahan pelajar, mengenali tokoh NILAM negeri SMKPS turut menghangatkan lagi sambutan didewan terbuka SMKPS. Selesai di dewan rombongan hakim dibawa ke bilik tayang bagi mendengar taklimat PK Pentadbiran dan menikmati tayangan video koperat PSS. Kemudian para hakim bergerak ke bilik-bilik khas dan akhirnya ke PSS. Proses penghakiman berjalan lancar dan mengambil masa yang agak panjang. Proses penghakiman selesai lebih kurang jam 2.30 petang. Setelah selesai para hakim menikmati makan tengah hari sebelum bersurai dengan membawa markah dan harapan warga SMKPS. Kami di PKG merasa cukup puas hati kerana dapat membantu sekolah dalam menyertai pertandingan PSS Cemerlang kali ini. Kami doakan semoga berjaya dan tahniah kepada semua warga sekolah atas kesepakatan yang ditunjukkan.
Ketibaan Rombongan
Para Hakim menikmati paluan kertok
Kumpulan Kertok SMKPS
Barisan Panel Hakim
Taklimat PK Pentadbiran
Hakim menyoal siasat
Suasana Penghakiman PSS
Cenderahati BTPN kepada Sekolah
Makan Tengahari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment