21 July, 2010
- 10:35:00 PM
- admin kg chap
- No comments
Pada 21 Julai 2010 satu bengkel pengisian instrumen ssqs dan mesyuarat penyelaras bestari telah diadakan di Pkg Kg Chap pada jam 8.30pagi. Kehadiran dihadiri oleh Guru Bestari/ICT kelompok Pkg Kg Chap.Terima kasih kepada semua guru yang hadir pada hari ini.Terlebih dahulu kami memohon maaf kepada semua guru kelompok Pkg Kg Chap di atas kesilapan berkenaan dengan tempat bengkel yang dijalankan.Sepatutnya kami akan mengadakan bengkel tersebut di Smk Pak Badol tetapi kami terpaksa mengubahnya pada saat akhir kerana ada sedikit masalah teknikal.Kami memohon maaf sekali lagi.Banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat guru bestari seperti status makmal komputer yang masih lagi ada masalah dengan talian seperti Sk Alor Bakat dan Sk Kg Chap.PTP2 En Kamsani juga ada menekankan pasal kad harta modal yang perlu dikemaskini dan rekoad penggunaan makmal komputer.Di dalam mesyuarat itu juga, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru kerana dapat menyelesaikan SPPICTS sebelum tarikh tutup pengisian online tersebut.Kami juga ada membincangkan tentang penyelenggaraan makmal komputer setiap sekolah kelompok Pkg Kg Chap.Smk Putri Saadong dan Smk Kubang Telaga masih belum ada peruntukan penyelenggaraan tersebut.Satu pasukan ICT akan dibentuk di bawah kelompok Pkg Kg Chap iaitu diantara FT17 Pkg dengan FT17 sekolah untuk membantu sekolah yang menghadapi masalah komputer di sekolah.Penghasilan bahan P&P ada juga dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini dimana setiap sekolah kelompok Pkg Kg Chap akan menghasilkan 1cd ICTL dan menghantarnya ke Pkg Kg Chap.Kami juga ada memberitahu mengenai Facebook.Setiap sekolah diminta membuat 1 facebook sekolah bagi memudahkan kami menukar idea sesama kita.Sekolah juga boleh link terus dengan BTPN.Pada pukul 11.00 pg, kami meneruskan dengan bengkel pengisian instrumen ssqs secara offline oleh Ustaz Rosdi dari Sk Kg Chap dimana Sk Kg Chap mendapat 4 bintang pada tahun lepas.Banyak perkara yang dibincangkan iaitu cara-cara menjawab soalan ssqs dengan betul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment