27 July, 2016
19 April, 2016
04 April, 2016
4:59:00 PM
admin kg chap
No comments
Pada 30 Mac 2016 berlangsungnya Bengkel Nilam dan Pengisian Data Nilam di Pkg Kg Chap pada jam 8.30pagi hingga 4.00 petang.Sehubungan dengan itu, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan Guru NILAM dijemput hadir ke bengkel tersebut. Setiap sekolah diminta membawa bersama rekod bacaan NILAM bagi setiap kelas bagi bulan Januari hingga Mac 2016. Terima kasih bagi Guru yang hadir.
| Guru Nilam |
2:08:00 PM
admin kg chap
No comments
Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 29 Mac 2016. Pihak PKG mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah hadir iaitu Pen.PPD Peng.Kurikulum (Tek & Vok) En. Muhamad Yani b.Yusoff bin Yusoff, dari BTPN En Zulkifli bin Zakaria serta pengetua dan guru besar.
| Ucapan En Zulkifli bin Zakaria ( BTPN) |
| Ucapan dari Pengerusi Daerah Kelompok Pkg Kg Chap ( Pengetua Smk Putri Saadong) |
| Pendaftaran |
| Guru Besar/Pengetua |
11:41:00 AM
admin kg chap
No comments
Mesyuarat ini telah berlangsung di Bilik Seminar, PKG KG CHAP pada 22 Mac 2016 ( SELASA) jam 2.15 petang. Sehubungan dengan itu, semua Guru Penyelaras Bestari/ICT kelompok PKG KG CHAP seramai 17 bauh sekolah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut yang telah di pengerusikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG KG CHAP, En Kamsani b Salip.
| Mesyuarat bersama Guru Bestari/ICT |
| Pengerusi En Kamsani bin Salip dan En Izani@Mohd Riduan bin Berhim |
| Pendaftaran |
| Peserta |
11:20:00 AM
admin kg chap
No comments
| Penceramah SISC (BM)Pn Faizah bt Mohamad Nor |
| Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Hj Mohd Faizul b. Yusoff |
| Peserta mendengar taklimat |
| Pendaftaran Peserta |
02 March, 2011
11:16:00 PM
admin kg chap
No comments
Mesyuarat ini telah berlangsung di PKG Badak pada 1 mac 2011 jam 8.30-10.30 pagi . Pada jam 11.00 pagi bermulanya kursus fotografi/editing gambar sehingga 2 mac 2011. GPB telah menunjukkan minat dalam kursus fotografi yang telah diberikan oleh fasilitator dari The Kaler Picture Kemaman, Terengganu. Mereka berharap pihak PKG dapat mengadakan kursus lanjutan fotografi. Terima kasih kepada pihak The Kaler Picture kerana sudi mencurahkan ilmu kepada GPM dengan ikhlas.
- Pihak PKG akan mengadakan kursus lanjutan fotografi/editing secara terbuka kepada guru-guru daerah Bachok yang berminat.
| PTP PKG KG CHAP MENDENGAR PENERANGAN DARI FASILITOR |
| TERPEGUN |
| FASILITATOR MENUNJUKKAN KEMAHIRAN |
| SESI FOTOGRAFI |
11:04:00 PM
admin kg chap
1 comment
Telah dilaksanakan pada 23-24 februari 2011. Semua GPM daerah Bachok telah bermesyuarat dan berkursus di PKG Badak. Program ini dijalankan oleh ketiga-tiga PKG di daerah Bachok. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada fasilitator iaitu En. Iskandar Zulkarnain bin Abdul Rahman dari PKG Beris.
| PTP PKG DAERAH BACHOK BERSAMA DENGAN PN. SOO AH KHEM (UNIT BAHASA PPD BACHOK) |
| TAKLIMAT PTP1 PKG KG CHAP (EN. KAMSANI SALIP) |
| PENDAFTARAN |
| GPM MENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA FASILITATOR |
10:58:00 PM
admin kg chap
No comments
Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 9 februari 2011. Pihak PKG mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah hadir iaitu Timbalan Pegawai Daerah Bachok En. Mohamad Faizol bin Yusoff, dari BTPN Pn. Hajah Masydiah binti Jemain, dan juga En. Arif Bahktiar serta pengetua dan guru besar.
| UCAPAN TIMBALAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH |
| PTP1 PKG KG CHAP MENJAWAB PERTANYAAN DARI AHLI MAJLIS MESYUARAT |
| PEMBENTANGAN SKT OLEH PTP1 |
| PENGETUA/GURU BESAR MENELITI LAPORAN |
06 November, 2010
10:19:00 AM
admin kg chap
No comments
Sesi pertama bermula Januari 2011, Tahun Satu.
Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah program baru yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Bahan Digital Bahasa Malaysia dan English language yang diperolehi adalah untuk kegunaan murid-murid bagi program ini.Kurikulum baru bagi mata-pelajaran Bahasa Malaysia dan English language akan diperkenalkan mulai sesi 2011 di semua sekolah rendah. Bahan digital yang diperolehi adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum terkini. Kurikulum baru Bahasa Malaysia didapati akan memberikan penekanan khusus kepada aspek seni dan aspek tatabahasa. Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini.Ia perlu mengambil kira aspek seni bahasa (pantun, syair, gurindam) dan merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah. Ia juga akan menitik beratkan penggunaan aspek tatabahasa dan kosa kata yang betul dan tepat.Kurikulum baru English language didapati akan memberikan penekanan khusus kepada language arts dan phonics. Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini. Ia akan memberikan pendedahan phonics kepada pelajar . Ia juga akan memberi pendedahan language arts melalui nursery rhymes, action songs, jazz chants dan stories.
*Perhatian kepada semua guru kelompok pkg kg chap, satu bengkel (MBMMBI) akan diadakan sebelum cuti sekolah di Pkg Kg Chap..Harap Maklum...*
28 September, 2010
4:23:00 PM
admin kg chap
No comments
23 September 2010
Pada tarikh tersebut BTPN Negeri Kelantan telah mengadakan satu majlis perhimpunan dan sambutan hari raya bahagian teknologi pendidikan negeri kelantan.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, lagu Negaraku dan lagu BTPN.Selepas itu, diikuti pula dengan ucapan En Zakaria bin Hassan berkenaan dengan kerja buat kita di PKG.Kemudian disusuli pula dengan ucapan KPP Pn Hjh Mazenah binti Mohamed. Majlis tersebut dihadiri oleh 27 buah PKG seluruh negeri kelantan dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan iaitu Tuan Haji Hussin bin Awang.Semua warga BTPN berpakaian baju melayu( lengkap) dan pakaian sesuai untuk perempuan.
Pelbagai aturcara telah dirancang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut seperti nyanyian setiap daerah kelompok pkg dan wakil dari Pn Hjh Mazenah bersama-sama dengan ketua unit.
Pada tarikh tersebut BTPN Negeri Kelantan telah mengadakan satu majlis perhimpunan dan sambutan hari raya bahagian teknologi pendidikan negeri kelantan.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, lagu Negaraku dan lagu BTPN.Selepas itu, diikuti pula dengan ucapan En Zakaria bin Hassan berkenaan dengan kerja buat kita di PKG.Kemudian disusuli pula dengan ucapan KPP Pn Hjh Mazenah binti Mohamed. Majlis tersebut dihadiri oleh 27 buah PKG seluruh negeri kelantan dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan iaitu Tuan Haji Hussin bin Awang.Semua warga BTPN berpakaian baju melayu( lengkap) dan pakaian sesuai untuk perempuan.
Pelbagai aturcara telah dirancang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut seperti nyanyian setiap daerah kelompok pkg dan wakil dari Pn Hjh Mazenah bersama-sama dengan ketua unit.
12:10:00 PM
admin kg chap
1 comment
20 September 2010, Bengkel i-Nilam peringkat sekolah-sekolah kelompok PKG Kg Chap telah dilaksanakan, dengan kehadiran 16 orang GPMS dan 3 orang JU dari BTPN. Program bermula pukul 8.00 pagi.
GPMS diberi pendedahan berkaitan dengan sistem i-Nilam, dimana bengkel menjurus kepada peranan GPMS, Penyelaras Nilam, Guru Nilam. GPMS diberi latihan cara-cara muat naik data, kemaskini data pelajar. Semua GPMS diminta untuk mengadakan bengkel peringkat sekolah masing-masing terutamanya kepada guru nilam.
Dalam bengkel berkenaan, data murid (SMM) dimuat naik oleh guru GPMS dengan dibantu oleh JU. Pada akhir bengkel 15 data SMM berjaya dimuat naik ke dalam i-Nilam dan 1 data data SMM tidak dapat dimuat naik kerana ada masalah dengan data tersebut.

GPMS diberi pendedahan berkaitan dengan sistem i-Nilam, dimana bengkel menjurus kepada peranan GPMS, Penyelaras Nilam, Guru Nilam. GPMS diberi latihan cara-cara muat naik data, kemaskini data pelajar. Semua GPMS diminta untuk mengadakan bengkel peringkat sekolah masing-masing terutamanya kepada guru nilam.
Dalam bengkel berkenaan, data murid (SMM) dimuat naik oleh guru GPMS dengan dibantu oleh JU. Pada akhir bengkel 15 data SMM berjaya dimuat naik ke dalam i-Nilam dan 1 data data SMM tidak dapat dimuat naik kerana ada masalah dengan data tersebut.
11:34:00 AM
admin kg chap
No comments
Kutipan data ketiga bagi SPPICTS bermula dari 19 Sept 2010 sehingga 8 Okt 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.
Sistem tersebut boleh dicapai di alamat http://pnp.moe.edu.my atau http://ssqs.moe.edu.my.Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak sekolah boleh menghubungi Pusat Kegiatan Guru Kg Chap .
Semoga kutipan kali ini akan berjaya seperti kutipan sebelum ini.21 July, 2010
10:35:00 PM
admin kg chap
No comments
Pada 21 Julai 2010 satu bengkel pengisian instrumen ssqs dan mesyuarat penyelaras bestari telah diadakan di Pkg Kg Chap pada jam 8.30pagi. Kehadiran dihadiri oleh Guru Bestari/ICT kelompok Pkg Kg Chap.Terima kasih kepada semua guru yang hadir pada hari ini.Terlebih dahulu kami memohon maaf kepada semua guru kelompok Pkg Kg Chap di atas kesilapan berkenaan dengan tempat bengkel yang dijalankan.Sepatutnya kami akan mengadakan bengkel tersebut di Smk Pak Badol tetapi kami terpaksa mengubahnya pada saat akhir kerana ada sedikit masalah teknikal.Kami memohon maaf sekali lagi.Banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat guru bestari seperti status makmal komputer yang masih lagi ada masalah dengan talian seperti Sk Alor Bakat dan Sk Kg Chap.PTP2 En Kamsani juga ada menekankan pasal kad harta modal yang perlu dikemaskini dan rekoad penggunaan makmal komputer.Di dalam mesyuarat itu juga, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru kerana dapat menyelesaikan SPPICTS sebelum tarikh tutup pengisian online tersebut.Kami juga ada membincangkan tentang penyelenggaraan makmal komputer setiap sekolah kelompok Pkg Kg Chap.Smk Putri Saadong dan Smk Kubang Telaga masih belum ada peruntukan penyelenggaraan tersebut.Satu pasukan ICT akan dibentuk di bawah kelompok Pkg Kg Chap iaitu diantara FT17 Pkg dengan FT17 sekolah untuk membantu sekolah yang menghadapi masalah komputer di sekolah.Penghasilan bahan P&P ada juga dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini dimana setiap sekolah kelompok Pkg Kg Chap akan menghasilkan 1cd ICTL dan menghantarnya ke Pkg Kg Chap.Kami juga ada memberitahu mengenai Facebook.Setiap sekolah diminta membuat 1 facebook sekolah bagi memudahkan kami menukar idea sesama kita.Sekolah juga boleh link terus dengan BTPN.Pada pukul 11.00 pg, kami meneruskan dengan bengkel pengisian instrumen ssqs secara offline oleh Ustaz Rosdi dari Sk Kg Chap dimana Sk Kg Chap mendapat 4 bintang pada tahun lepas.Banyak perkara yang dibincangkan iaitu cara-cara menjawab soalan ssqs dengan betul.
19 July, 2010
1:44:00 PM
admin kg chap
No comments
Pada setiap hari rabu, pkg kg chap akan mengadakan gotong royang bersama-sama dengan staff pkg.Pada hari tersebut, kami dibenarkan memakai pakaian sukan untuk bergotong royong.PTP2 dan N17 akan mengemas bahagian luar kawasan pkg manakala FT17 ditugaskan di dalam pkg.Banyak perubahan telah berlaku di PKG KG CHAP terutama sekali berkenaan dengan lanskap pkg kg chap yang sudah siap dibina oleh PTP2 En Kamsani Bin Salip.Kalau ada masa, boleh lah singgah di PKG KG CHAP untuk melihat sendiri lanskap kolam pkg kg chap yang dipenuhi dengan ikan yang comel-comel..
12 July, 2010
10:10:00 AM
admin kg chap
No comments
Kami warga PKG mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada En Hasanudin bin Zaini sebagai PK Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Pulai Gajah di bawah kelompok Pkg Banggol.Kami telah telah mengadakan satu perjumpaan makan malam sempena pertukaran En Hasanudin bersama- dengan isteri beliau dan kami juga turut menjemput wakil dari BTPN iaitu Pn Masdiyah binti Jemain bersama suami wakil unit pkg.
09 July, 2010
9:07:00 PM
admin kg chap
No comments
Kami warga PKG KG CHAP merakamkan ribuan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru ICT yang telah bertungkus lumus menjawab soalan yang diberikan dalam pemantauan SPPICTS secara online.Walaupun pada peringkat awal sistem SPPICT ini menhadapai sedikit kegagalan kefungsiaan dan ada yang menelefon ke PKG memberitahu maklumat tidak dapat disimpan walaupun telah diisi tetapi guru-guru ICT tetap bersabar. Saya ucapkan SYABAS DAN TAHNIAH.. serta TERIMA KASIH.
8:56:00 PM
admin kg chap
No comments
Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan di BTPN Kelantan pada 28 June 2010 bermula jam 9.00 pagi hingga ke jam 5.30 petang. Puan KPP dan taklimat dari ketua- ketua unit telah hadirdalam mesyuarat kali ini. Tidak semua PTP1 dan PTP2 yang hadir dalam mesyuarat kali ini.FT17 dan N17 juga turut hadir bagi menggantikan PTP1 atau PTP2. Pelbagai isu telah bangkitkan terutama berkaitan dengan keberkesanan tugasan di PKG.
26 June, 2010
10:10:00 AM
admin kg chap
No comments
SPPICTS 2/2010
Kutipan data bagi SPPICTS akan bermula dari 20 Jun sehingga 9 Julai 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.
Kutipan data bagi SPPICTS akan bermula dari 20 Jun sehingga 9 Julai 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.
16 June, 2010
11:14:00 AM
admin kg chap
No comments
Saya ingin mengambil sedikit ruang dalam blog ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan KPP BTPN Kelantan Pn Hajah Mazenah Bt Mohamed, Pengarah BTP Bukit Kiara Datin Y. Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani , dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Operasi Pendidikan) Dato' Hajah Noor RizanRezan Bt Bapoo Hashim serta Sdr Drs Amran dari Jabatan Pelajaran Kelantan yang telah memberi kelulusan kepada saya untuk bertugas sebagi guru semula. Untuk pengetahuan semua ramai lagi pegawai-pegawai BTPN Kelantan yang memohon untuk "turun" semula ke sekolah. Walaubagaimanapun saya bertuah kerana hasil kerjasama semua permohonan saya menjadi kenyataan.
Saya tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dan bangga saya selama saya terlibat dengan BTPN Kelantan selama hampir 8 tahun. Sedih kerana hendak meninggalkan teman-teman seperjuangan dalam rangkaian BTP,BTPN dan PKG. Terlalu banyak kenangan antara kami. Begitu juga dengan PPD Bachok, para Pengetua, Guru Besar dan para guru di Kelompok PKG KG CHAP yang semuanya baik-baik belaka. Tidak ketinggalan rakan setugas En Kamsani Salip, Cik Nur Saliza dan En Ghani dan Pn Maizan yang banyak membantu saya membangunkan PKG KG CHAP di tapak baru. Jasa kalian tetap dalam ingatan.
Kepada semua yang mengenali diri saya ini saya memohon ampun dan maaf di atas kekasaran dan keterlanjuran kata semasa kita berbicara, mungkin jugak dek kerana lagak dan gaya saya yang tidak menyenangkan. Buat para pegawai BTPN dan Pn KPP maaf jua dipohon jika ada kekurangan sebagai insan lemah dalam menjalankan tuigas yang diamanahkan. Segala tunjuk ajar menjadi dorongan buat saya. Buat rakan-rakan yang sama-sama memohon untuk " turun " ke sekolah, jangan bimbang! InsyaAllah gilirin kalian akan tiba jua..
Walaupun kali ini saya ditugaskan diluar dari PPD Bachok, hati saya tetap berada di sini. Saya doakan PPD Bachok akan terus maju jaya walaupun keringat saya ditumpah ke PPD lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)













.jpg)

