28 September, 2010

23 September 2010
Pada tarikh tersebut BTPN Negeri Kelantan telah mengadakan satu majlis perhimpunan dan sambutan hari raya bahagian teknologi pendidikan negeri kelantan.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, lagu Negaraku dan lagu BTPN.Selepas itu, diikuti pula dengan ucapan En Zakaria bin Hassan berkenaan dengan kerja buat kita di PKG.Kemudian disusuli pula dengan ucapan KPP Pn Hjh Mazenah binti Mohamed.  Majlis tersebut dihadiri oleh 27 buah PKG seluruh negeri kelantan dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan iaitu Tuan Haji Hussin bin Awang.Semua warga BTPN berpakaian baju melayu( lengkap) dan pakaian sesuai untuk perempuan.
Pelbagai aturcara telah dirancang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut seperti nyanyian setiap daerah kelompok pkg dan wakil dari Pn Hjh Mazenah bersama-sama dengan ketua unit.

20 September 2010, Bengkel i-Nilam peringkat sekolah-sekolah kelompok PKG Kg Chap telah dilaksanakan, dengan kehadiran 16 orang GPMS dan 3 orang JU dari BTPN. Program bermula pukul 8.00 pagi.

GPMS diberi pendedahan berkaitan dengan sistem i-Nilam, dimana bengkel menjurus kepada peranan GPMS, Penyelaras Nilam, Guru Nilam. GPMS diberi latihan cara-cara muat naik data, kemaskini data pelajar. Semua GPMS diminta untuk mengadakan bengkel peringkat sekolah masing-masing terutamanya kepada guru nilam.

Dalam bengkel berkenaan, data murid (SMM) dimuat naik oleh guru GPMS dengan dibantu oleh JU. Pada akhir bengkel 15 data SMM berjaya dimuat naik ke dalam i-Nilam dan 1 data data SMM tidak dapat dimuat naik kerana ada masalah dengan data tersebut.



  


                                                          






Kutipan data ketiga bagi SPPICTS bermula dari 19 Sept 2010 sehingga 8 Okt 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.
Sistem tersebut boleh dicapai di alamat http://pnp.moe.edu.my atau http://ssqs.moe.edu.my.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak sekolah boleh menghubungi Pusat Kegiatan Guru Kg Chap .
Semoga kutipan kali ini akan berjaya seperti kutipan sebelum ini.
  

21 July, 2010

Pada 21 Julai 2010 satu bengkel pengisian instrumen ssqs dan mesyuarat penyelaras bestari telah diadakan di Pkg Kg Chap pada jam 8.30pagi. Kehadiran dihadiri oleh Guru Bestari/ICT kelompok Pkg Kg Chap.Terima kasih kepada semua guru yang hadir pada hari ini.Terlebih dahulu kami memohon maaf kepada semua guru kelompok Pkg Kg Chap di atas kesilapan berkenaan dengan tempat bengkel  yang dijalankan.Sepatutnya kami akan mengadakan bengkel tersebut di Smk Pak Badol tetapi kami terpaksa mengubahnya pada saat akhir kerana ada sedikit masalah teknikal.Kami memohon maaf sekali lagi.Banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat guru bestari seperti status makmal komputer yang masih lagi ada masalah dengan talian seperti Sk Alor Bakat dan Sk Kg Chap.PTP2 En Kamsani juga ada menekankan pasal kad harta modal yang perlu dikemaskini dan rekoad penggunaan makmal komputer.Di dalam mesyuarat itu juga, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru kerana dapat menyelesaikan SPPICTS sebelum tarikh tutup pengisian online tersebut.Kami  juga ada membincangkan tentang penyelenggaraan makmal komputer setiap sekolah kelompok Pkg Kg Chap.Smk Putri Saadong dan Smk Kubang Telaga masih belum ada peruntukan penyelenggaraan tersebut.Satu pasukan ICT akan dibentuk di bawah kelompok Pkg Kg Chap iaitu diantara FT17 Pkg dengan FT17 sekolah untuk membantu sekolah yang menghadapi masalah komputer di sekolah.Penghasilan bahan P&P ada juga dibincangkan di dalam mesyuarat  kali ini dimana setiap sekolah kelompok Pkg Kg Chap akan menghasilkan 1cd ICTL  dan menghantarnya ke Pkg Kg Chap.Kami juga ada memberitahu mengenai Facebook.Setiap sekolah diminta membuat 1 facebook sekolah bagi  memudahkan kami menukar idea sesama kita.Sekolah juga boleh link terus dengan BTPN.Pada pukul 11.00 pg, kami meneruskan dengan bengkel pengisian instrumen ssqs secara offline oleh Ustaz Rosdi dari Sk Kg Chap dimana Sk Kg Chap mendapat 4 bintang pada tahun lepas.Banyak perkara yang dibincangkan iaitu cara-cara menjawab soalan ssqs dengan betul.



19 July, 2010

Pada setiap hari rabu, pkg kg chap akan mengadakan gotong royang bersama-sama dengan staff pkg.Pada hari tersebut, kami dibenarkan memakai pakaian sukan untuk bergotong royong.PTP2 dan N17 akan mengemas bahagian luar kawasan pkg manakala FT17 ditugaskan di dalam pkg.Banyak perubahan telah berlaku di PKG KG CHAP terutama sekali berkenaan dengan lanskap pkg kg chap yang sudah siap dibina oleh PTP2 En Kamsani Bin Salip.Kalau ada masa, boleh lah singgah di PKG KG CHAP untuk melihat sendiri lanskap kolam pkg kg chap yang dipenuhi dengan ikan yang comel-comel..

12 July, 2010



Kami warga PKG mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada En Hasanudin bin Zaini sebagai PK Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Pulai Gajah di bawah kelompok Pkg Banggol.Kami telah telah mengadakan satu perjumpaan makan malam sempena pertukaran En Hasanudin bersama- dengan isteri beliau dan kami juga turut menjemput wakil dari BTPN iaitu Pn Masdiyah binti Jemain bersama suami wakil unit pkg.

09 July, 2010

Kami warga PKG KG CHAP merakamkan ribuan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru ICT yang telah bertungkus lumus menjawab soalan yang diberikan dalam pemantauan SPPICTS secara online.Walaupun pada peringkat awal sistem SPPICT ini menhadapai sedikit kegagalan kefungsiaan dan ada yang menelefon ke PKG memberitahu maklumat tidak dapat disimpan walaupun telah diisi tetapi guru-guru ICT tetap bersabar. Saya ucapkan SYABAS DAN TAHNIAH.. serta TERIMA KASIH.

Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan di BTPN Kelantan pada 28 June 2010 bermula jam 9.00 pagi hingga ke jam 5.30 petang. Puan KPP dan taklimat dari ketua- ketua unit telah hadirdalam mesyuarat kali ini. Tidak semua PTP1 dan PTP2  yang hadir dalam mesyuarat kali ini.FT17 dan N17 juga turut hadir bagi menggantikan PTP1 atau PTP2. Pelbagai isu telah bangkitkan terutama berkaitan dengan keberkesanan tugasan di PKG.

26 June, 2010

SPPICTS 2/2010
Kutipan data bagi SPPICTS akan bermula dari 20 Jun sehingga 9 Julai 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.

16 June, 2010

Saya ingin mengambil sedikit ruang dalam blog ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan KPP BTPN Kelantan Pn Hajah Mazenah Bt Mohamed, Pengarah BTP Bukit Kiara Datin Y. Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani , dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Operasi Pendidikan) Dato' Hajah Noor RizanRezan Bt Bapoo Hashim serta Sdr Drs Amran dari Jabatan Pelajaran Kelantan yang telah memberi kelulusan kepada saya untuk bertugas sebagi guru semula. Untuk pengetahuan semua ramai lagi pegawai-pegawai BTPN Kelantan yang memohon untuk "turun" semula ke sekolah. Walaubagaimanapun saya bertuah kerana hasil kerjasama semua permohonan saya menjadi kenyataan.

Saya tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dan bangga saya selama saya terlibat dengan BTPN Kelantan selama hampir 8 tahun. Sedih kerana hendak meninggalkan teman-teman seperjuangan dalam rangkaian BTP,BTPN dan PKG. Terlalu banyak kenangan antara kami. Begitu juga dengan PPD Bachok, para Pengetua, Guru Besar dan para guru di Kelompok PKG KG CHAP yang semuanya baik-baik belaka. Tidak ketinggalan rakan setugas En Kamsani Salip, Cik Nur Saliza dan En Ghani dan Pn Maizan yang banyak membantu saya membangunkan PKG KG CHAP di tapak baru. Jasa kalian tetap dalam ingatan.

Kepada semua yang mengenali diri saya ini saya memohon ampun dan maaf di atas kekasaran dan keterlanjuran kata semasa kita berbicara, mungkin jugak dek kerana lagak dan gaya saya yang tidak menyenangkan. Buat para pegawai BTPN dan Pn KPP maaf jua dipohon jika ada kekurangan sebagai insan lemah dalam menjalankan tuigas yang diamanahkan. Segala tunjuk ajar menjadi dorongan buat saya. Buat rakan-rakan yang sama-sama memohon untuk " turun " ke sekolah, jangan bimbang! InsyaAllah gilirin kalian akan tiba jua..

Walaupun kali ini saya ditugaskan diluar dari PPD Bachok, hati saya tetap berada di sini. Saya doakan PPD Bachok akan terus maju jaya walaupun keringat saya ditumpah ke PPD lain.



TOP-LEFT ADS

Categories

RECENT$type=list-tab$date=0$au=0$c=5

REPLIES$type=list-tab$com=0$c=4$src=recent-comments

RANDOM$type=list-tab$date=0$au=0$c=5$src=random-posts

RECENT WITH THUMBS$type=blogging$m=0$cate=0$sn=0$rm=0$c=4$va=0

SCIENCE$type=right$va=0$count=3

Powered by Blogger.

DIREKTORI INSTITUSI PENDIDIKAN

SURAT PEKELILING DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN(Sila Download)

MODUL DAN BUKU SUMBER(Sila Download)

SEARCH

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI.KUNJUNGAN ANDA KAMI HARGAI

Hakcipta© Terpelihara by : PKG KG CHAP BACHOK KELANTAN[http://pkgkgchap.blogspot.com] .

BERITA TERKINI

Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dikemukakan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan masa yang telah ditetapkan.



Maklumkan pada kami sekiranya sekolah anda menjalankan acara rasmi/aktiviti,agar dapat dimuatkan dalam blog kami. Terima kasih.


Dapat lagu-lagu untuk kegunaan acara rasmi atau apa sahaja lagu lain seperti lagu NegaraKu,Selamat sultan, nasyid,lagu pra,march,latar sajak serta banyak lagi di PKG atau Klik dibutang download Lagu(Acara Rasmi Sekolah)di bawah. KAMI CUBA MEMENUHI KEPERLUAN ANDA


Makluman kepada GPM sila kemaskini IQPSS dan I-NILAM 2011 mulai bulan Februari. Sila print instrument IQPSS untuk pemantauan pihak PKG. Harap maklum.(1.3.2011)



Makluman kepada guru-guru daerah Bachok, PKG daerah Bachok akan menganjurkan Bengkel Fotografi dan Advance Photoretouching selama 2 hari 1 malam. Bertarikh 1/2 April 2011. Bertempat di Sri Aur Village,Pantai Melawi,Bachok. Yuran adalah Rm250. Penginapan dan makan minum disediakan. Kepada yang berminat sila hubungi En. Kamsani PTP PKG KG CHAP . Tel-0199388985

Statistik Bil. Sekolah dan Murid Seluruh Malaysia 2010(Dari Web KPM)

 
Bilangan Sekolah

Rendah

Menengah

Jumlah

7,655

2,189

9,844

Bilangan Murid (Enrolmen)

Rendah

Menengah

Jumlah

3,111,948

2,304,976

5,416,924

MUTIARA KATA

VISI DAN MISI PKG KG CHAP

VISI

Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.

MISI

Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.

PERKHIDMATAN DI PKG KG CHAP

 

KEPAKARAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Memberi pendedahan kepada guru tentang teknologi terkini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran &; pembelajaran menjurus ke arah konsep sekolah BESTARI.

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Memberi khidmat nasihat untuk membangunkan Pusat Sumber Sekolah merangkumi aspek-aspek fizikal, pengurusan, pentadbiran, program NILAM, program galakan membaca, dan aktiviti PSS sehingga mencapai tahap PSS cemerlang.

RAKAMAN &; SUNTINGAN VIDEO

Membantu dan melatih guru-guru dalam proses suntingan video dalam P &; P.

MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA

Merancang / mengendalikan / menguruskan kursus &; bengkel serta program-program khas yang diperlukan oleh guru.

PENGEDARAN & RAKAM SALIN CDRI

Menjadi pusat pengedaran CDRI terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia ke sekolah-sekolah ahli.

MENGURUSKAN PENGGUNAAN PERALATAN TEKNOLOGI BTP

Antara peralatan yang terdapat di PKG ialah: Peralatan ICT, PA Sistem, Photostat.

 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

PENAFIAN: SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWASANYA:-

Pemilik blog PKG KG CHAP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen atau catatan yang tercatat dalam ruangan ulasan. Sebarang komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

POLITICS$type=left$va=0$count=3

TECH$type=three$author=hide$comment=hide$rm=hide

BY READERS$type=blogging$cate=2$count=4

FASHION$type=two$h=0$meta=0$rm=0$snip=0

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

HELPDESK ICT, VLE FROG DAN TALIAN INTERNET 1BESTARINET

HELPDESK ICT, VLE FROG DAN TALIAN INTERNET 1BESTARINET

PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Ybrs En Zaidi bin Yazid

KETUA PENOLONG PENGARAH

KETUA PENOLONG PENGARAH
EN NASIR BIN MOHD NOOR

PT N22 (KUP)

PT N22 (KUP)
CIK HABSAH BIN JUSOH

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
NURSALIZA BT ABD WAHAB

Footer Logo

Footer Logo
KAMSANI BIN SALIP

BUSINESS$type=complex$count=4

Jadul Gaji 2016

JADUAL Pembayaran Gaji 2016
Jan Feb Mac Apr
21 25 24 24
Mei Jun Jul Ogo
24 23 25 25
Sep Okt Nov Dis
22 20 24 20

EMAIL PILIHAN

Footer Pages

TINGGALKAN PESAN UNTUK KAMI

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

File berkaitan PSS/ICT/NILAM/PUSAT AKSES- Klik Untuk Download

Popular Posts