20 January, 2010
8:54:00 PM
admin kg chap
Aktiviti
No comments
Buat julung kalinya PKG Kg Chap mengatur lawatan penanda aras PSS, bagi memenuhi keperluan pelanggan dari SMK Puteri Sadong(SMKPS) dan SK Kg Chap. Untuk pengetahuan, tahun ini PSS SMKPS dicalonkan ke pertandingan peringkat negeri katogeri luar bandar yang akan di buat penilaian pada awal Februari ini. Dalam usaha memantapkan persediaan PSS mereka, SMKPS telah memohon dari PKG untuk membuat lawatan ke PSS Cemerlang. PKG Kg Chap mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua dan pihak pengurusan SMK Kubang Kerian 1 dan SMK Tendong yang mengizinkan kami membuat lawatan ke PSS mereka. Dalam lawatan ini pelbagai ilmu dan pengalaman telah di timba oleh kami dan para guru terlibat. Sekalung tahniah buat GPM kedua-dua sekolah iaitu Pn. Ezlina Ezura(SMK KK1) dan Pn Siti(SMKT). Anda berdua sememangnya "iron lady" begitu juga AJK PSS masing-masing. Bersama ini disertakan gambar lawatan kami. Gambar penuh sila hubungi saya di PKG @ sesetengahnya boleh didownload di facebook saya (nidaruz zuradin). Saya berharap satu hari saya dapat membawa semua guru-guru GPM di kelompok ini untuk membuat lawatan penanda sebagimana hari ini. InsyaAllah.
DI SMK KUBANG KERIAN 1
Guru GPM SMK KUBANG KERIAN 1
DI SMK TENDONG
Guru GPM SMK TENDONG
Related Posts:
1hb Mac 2010: Pemantauan ke SMK Puteri SaadongSeperti di war-warkan sebelum ini,bahawa pemantuan ke sekolah akan bermula pada awal Mac 2010, maka pada tarikh ini pemantuan telah dibuat bermula dengan SMK Puteri Saadong. Sekolah ini dipilih menjadi sekolah pertama dipanta… Read More
22hb Feb 2010: KURSUS PENYELENGARAAN KOMPUTER DAN PEMANTAUAN BTPN KE PKG KG CHAP.Hari ini agak sibuk bagi PKG KG CHAP. Apa tidaknya dua agenda besar berjalan serentak. Pertama seramai 16 orang guru penyelaras makmal komputer sekolah kelompok PKG hadir ke makmal komputer SMK Sri Gunong bagi menghadiri kur… Read More
24hb Feb 2010: Kursus Pengurusan NILAM kepada semua guru NILAM Kelompok PKG KG CHAPSeramai 16 orang guru NILAM hadir di Dewan Seminar PKG KG CHAP bagi memenuhi tuntutan pemantapan pengurusan NILAM yang dianjurkan oleh PKG. Kursus ini diadakan bagi membantu guru menguruskan NILAM di sekolah masing-masin… Read More
23hb Feb 2010: Khidmat Bantu ICT Di SMK Sri GunongKhidmat bantu ini melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan hardware, "formating" dan "installation windows" terhadap 20 buah Desktop PC di makmal komputer SM Sri Gunong atas permintaan sekolah kelmarin. Alhamdulillah ianya tela… Read More
28hb Feb 2010: Kursus Pengurusan PSS untuk GPMKalau minggu lepas kursus buat guru bestari dan guru NILAM maka hari ini sampailah masa buat guru perpustakaan dan media(GPM) sekolah-sekolah kelompok Pusat Kegiatan Guru Kg Chap. Kursus ini buat bagi membantu guru GPM terlib… Read More
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment