- Pertama seramai 16 orang guru penyelaras makmal komputer sekolah kelompok PKG hadir ke makmal komputer SMK Sri Gunong bagi menghadiri kursus penyelenggaraan komputer anjuran PKG KG CHAP. Kursus diadakan bagi memantapkan pengetahuan guru-guru terhadap pengurusan "hardware" dan "software" komputer sekolah masing-masing. Kursus ini bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Fasilitator yang dijemput dalam kursus kali ini ialah En Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim dari SK Bukit Marak. Rata-rata peserta kursus menyatakan kursus kali ini menarik tetapi agak kecewa kerana dijalankan dalam waktu yang sangat singkat. Akibat dari kekangan masa sukatan isi pelajaran tidak dapat disempurnakan dengan baik terutama dalam membuat" formating windows" menggunakan GHOST. Untuk pengetahuan semua, PKG merancang untuk membuat kursus ini selama dua hari tetapi tidak mendapat kelulusan dari PPD. Maka terpaksa dibuat satu hari sahaja. Para peserta begitu bersemangat dan memohon agar diadakan sekali lagi kursus khusus untuk subjek "formating windows" ini kerana ianya bakal memudahkan mereka mengurus komputer di sekolah. Kami bagi pihak PKG akan cuba mengadakan kursus lanjutan. Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Sri Gunong(Pn Hajah Hasmah Bt Mat Jais), Guru Penyelaras Bestari SMK Sri Gunong( En Mohd Rusman Bin Ismail), Fasilitator SMK Sri Gunong( En Nik Mohd Hafiz) dan FT 17 SMK Sri Gunong(Cik Wan Nur Rosnani) di atas kerjasama yang diberikan.Tidak ketinggalan pegawai PPD dan semua yang terlibat. Semoga kerjasama ini berpanjangan. Jasa dan budi kalian hanya Allah yang membalasnya.
- Dalam masa yang sama PKG juga telah dipantau oleh pihak BTPN Kelantan. En Nik Ariff dari unit Pengurusan PKG telah hadir untuk melihat dan menilai "kerja buat PKG" serta memberi bimbingan, dan nasihat kepada kami di PKG agar lebih berkesan. Kepada En Nik Arif dari BTPN Kelantan terima kasih atas kunjugan anda.
22 February, 2010
8:54:00 PM
admin kg chap
Aktiviti
No comments
Hari ini agak sibuk bagi PKG KG CHAP. Apa tidaknya dua agenda besar berjalan serentak.
En Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim menurunkan ilmunya
PTP1 dengan peserta kursus
Tunjuk ajar dari En Kamsani B Salip(PTP2)
Peserta sedang tekun melakukan kerja-kerja penyelenggaran
Peserta sedang sibuk memasang semula komputer masing-masing
Orang berbudi kita berbahasa.....adat melayu terus dijunjung
Related Posts:
25-1-2010: PROGRAM PEMUAFAKATAN BTPN KELANTAN DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH BACHOKBertempat di Kamar Musyawarah Pejabat Pelajaran Daerah Bachok telah berlangsung PROGRAM PEMUAFAKATAN diantara BTPN Kelantan dan PPD Bachok. Program ini adalah program "turun padang" BTPN Kelantan ke PPD-PPD seluruh Kelantan u… Read More
27-1-10: KERJA-KERJA MEMASANG SKIRTING Hasil pemuafakatan kami akhirnya kami berjaya mendapatkan skirting sebagai persediaan untuk menyambut ketibaan para Pengetua dan Guru Besar juga para pelanggan PKG Kg Chap. Kerja-kerja membeli dan memilih kain dilakukan oleh… Read More
24-1-2010: MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI PPD BACHOK-PKG DAERAH BACHOKHari ini bertempat di Bilik Mesyuarat PKG KG CHAP telah berlangsung suatu mesyuarat antara PKG Daerah Bachok dan Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Bachok. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyelaras segala aktiviti PKG Daera… Read More
3-FEB 2010:PREVIEW VIDEO KOPERAT PSS SMK PUTERI SAADONG.Minggu ini kami sibuk melakukan kerja-kerja persediaan bagi menghadapi 3 Mesyuarat pada minggu hadapan. Bermula pada hari Ahad(7hb Feb 2010- Mesyuarat pengurusan PKG yang melibatkan semua guru besar dan P… Read More
28-1-2010: Kunjungan Kerja SMU(A)Darul Ulum Kolam dan Lawatan En Roslan(BTPNKEL) dan Bengkel Bina Skrip PSS yang CemerlangTarikh ini adalah tarikh yang agak sibuk bagi PKG KG CHAP. Apa tidaknya bermula jam 830 pagi lagi PKG telah menerima kunjugan dari Guru Kurikulum dan guru PSS SMU(A) Darul Ulum Kolam Bachok. Sekolah ini merupaka s… Read More
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment