25 February, 2010
5:24:00 PM
admin kg chap
Aktiviti PPD
No comments
Bertempat di Dewan Utama Pusat Latihan Ko-Kurikulum Tangok Bachok, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Pertama bagi Pejabat Pelajaran Daerah Bachok. Semua Pengetua, Guru Besar dan staff sokongan sekolah-sekolah Daerah Bachok telah dijemput ke majlis yang julung kali diadakan pada tahun 2010 ini.Perhimpunan bulanan ini juga telah disempurnakan dengan ucap utama yang telah disampaikan oleh tetamu khas iaitu Tn. Haji Ghazali Bin Abd Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan. Tema perhimpunan bulanan PPD Bachok kali ini adalah " PENGURUSAN MASA BERKUALITI, MENINGKAT PRODUKTIVITI". Sesungguhnya tema ini adalah tepat dan kena pada masanya. Tuan Pengarah Pelajaran telah mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada semua warga pendidik dan kakitangan Pelajaran di Daerah Bachok agar mementingkan pengurusan masa yang berkualiti agar keberkatan dapat diraih dan natijah akhirnya ialah kecemerlangan akan menyusul sebagai gajaran dan bonus. Kami di PKG mengucapkan tahniah kepada PPD atas inisiatif dan kejayaan menjayakan program ini. Dalam masa yang sama PPD juga telah memberi pengiktirafan kepada pengurusan sekolah menengah dan rendah yang tebaik di Daerah Bachok, dan ianya telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan.
Tuan Pengarah Pelajaran memberi amanat beliau
Bacaan Ikrar
Pengetua SMK Sri Gunung antara penerima anugerah
Pengarah dan Pegawai PPD Bachok bersama barisan penerima anugerah.
Related Posts:
1-2-2010:TAKLIMAT MEMPERKASAKAN PSS DAN NILAM OLEH PPD BACHOK KEPADA PENGETUA,GURU BESAR DAN GURU GPM SEKOLAH-SEKOLAH BACHOKBertempat di Bilik Mesyuarat SMK Puteri Saadong jam 2.30 petang telah berlangsung satu taklimat yang julung kali kali diadakan oleh PPD kepada semua Pengetua,Guru Besar dan Guru Penyelaras Media sekolah-sekolah di Daerah Bach… Read More
Program " JOM KE SEKOLAH" satu inisiatif oleh PPD BachokPada sebelah petang 17.1.2010 bertempat di Dewan Besar SMK Beris Panchor telah berlangsung satu program "JOM KE SEKOLAH" anjuran PPD Bachok. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Dato' Dr Awang Adek Bin Hj.Husin-Timb… Read More
Tahniah kepada Atlit Sekolah kelompok PKG dalam KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-7 MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH BACHOKTahniah kepada SMK SRI Gunung dan semua atlit skolah kelompok PKG KG CHAP yang telah mendapat pingat dalam kejohanan tersebut terutama atlit dari SMK Sri Gunong yang menjadi naib johan dalam kejohanan tersebut dibelakang SMK … Read More
25hb Feb 2010: PERHIMPUNAN BULANAN PPD BACHOKBertempat di Dewan Utama Pusat Latihan Ko-Kurikulum Tangok Bachok, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Pertama bagi Pejabat Pelajaran Daerah Bachok. Semua Pengetua, Guru Besar dan staff sokongan sekolah-sekola… Read More
10 FEB 2010: MESYUARAT GURU-GURU LINUS BERSAMA PPD BACHOKSemua guru LINUS di Daerah Bachok hari ini hadir ke PKG KG CHAP untuk bermesyuarat bersama PPD Bachok. Sememangnya salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah dipertanggunjawabkan kepada Kem… Read More
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment