04 February, 2010
7:04:00 PM
admin kg chap
Aktiviti
No comments
Seramai 2 orang Fasilitator ICT dari sekolah SMK SRI GUNONG dan SK GUNONG telah hadir ke PKG untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan tentang memformat PC dan notebook di sekolah masing dengan menggunakan cara yang mudah serta menjimatkan masa iaitu menggunakan GHOST. Kaedah ini sememangnya mudah dalam membuat installation atau backup sesebuah komputer. Saya berterimakasih kepada rakan guru dari SK Bukit Marak( Cikgu Tuan Ismail) yang telah menyediakan sistem ini serta mengajar saya menggunakannya bagi membantu sekolah-sekolah kelompok saya. Bayangkan installation hanya memakan masa kurang lebih 10-15minit untuk selesai siap dengan driver sekali bagi setiap komputer. Sesungguhnya banyak lagi yang saya perlu dipelajari dari beliau. Kedua-dua fasilitator ini teruja apabila didedahkan serba sedikit tentang sistem ini. Semoga kedua-dua fasilitator ini mengembangkannya pula kepada rakan-rakan mereka.
Failitator SMK SRI Gunong-baju biru dan SK Gunong-baju merah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment