03 February, 2010
7:49:00 PM
admin kg chap
Aktiviti
No comments
Minggu ini kami sibuk melakukan kerja-kerja persediaan bagi menghadapi 3 Mesyuarat pada minggu hadapan. Bermula pada hari Ahad(7hb Feb 2010- Mesyuarat pengurusan PKG yang melibatkan semua guru besar dan Pengetua sekolah kelompok), diikuti dengan hari Isnin(8hb Feb 2010-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang melibat guru-guru GPM sekolah kelompok) manakala Selasa(9hb Feb 2010-Mesyuarat Guru-Guru Penyelaras Bestari dan Guru Peneyelaras Makmal Komputer sekolah kelompok). Namun dicelah-celah kesibukan itu kami sempat hadir ke majlis preview video koperat PSS Cemerlang di SMKPS. Dengan terhasilnya video koperat ini akan menjadikan PSS ini lebih cemerlang dan dijangka mampu menjuarai pertandingan PSS Cemerlang peringkat Negeri Kelantan 2010 dalam katogeri Sekolah Luar Bandar. Maaf saya tidak dapat "upload" lagi video tersebut, memandangkan ianya belum dilihat oleh para juri. Nanti bila sudah dilihat juri insyaAllah saya kongsikan video tersebut. Akhirnya saya bagi pihak PKG KG CHAP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutama Pn Hajah KPP BTPN Kelantan di atas kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada kami serta Tahniah! kepada semua yang terlibat seperti sdr Tn Hj Roslan dan juga Pengetua, Penolong-Penolong Kanan,guru-guru SMKPS terutama AJK PSS.. You all so superb!!. Teruskan usaha gigih kalian... insyaAllah kami membantu sedaya kami..
Terpukau dengan Video Koperat!!
Related Posts:
22hb Feb 2010: KURSUS PENYELENGARAAN KOMPUTER DAN PEMANTAUAN BTPN KE PKG KG CHAP.Hari ini agak sibuk bagi PKG KG CHAP. Apa tidaknya dua agenda besar berjalan serentak. Pertama seramai 16 orang guru penyelaras makmal komputer sekolah kelompok PKG hadir ke makmal komputer SMK Sri Gunong bagi menghadiri kur… Read More
24hb Feb 2010: Kursus Pengurusan NILAM kepada semua guru NILAM Kelompok PKG KG CHAPSeramai 16 orang guru NILAM hadir di Dewan Seminar PKG KG CHAP bagi memenuhi tuntutan pemantapan pengurusan NILAM yang dianjurkan oleh PKG. Kursus ini diadakan bagi membantu guru menguruskan NILAM di sekolah masing-masin… Read More
23hb Feb 2010: Khidmat Bantu ICT Di SMK Sri GunongKhidmat bantu ini melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan hardware, "formating" dan "installation windows" terhadap 20 buah Desktop PC di makmal komputer SM Sri Gunong atas permintaan sekolah kelmarin. Alhamdulillah ianya tela… Read More
28hb Feb 2010: Kursus Pengurusan PSS untuk GPMKalau minggu lepas kursus buat guru bestari dan guru NILAM maka hari ini sampailah masa buat guru perpustakaan dan media(GPM) sekolah-sekolah kelompok Pusat Kegiatan Guru Kg Chap. Kursus ini buat bagi membantu guru GPM terlib… Read More
8HB FEB 2010: MESYUARAT AJK KERJA(GPMS) PKG KG CHAPHari ini seramai 16 orang guru GPMS telah hadir ke PKG bagi merancang aktiviti PKG yang bersangkut paut dengan PSS. Selain dari berbincang hala tuju aktiviti PSS PKG dan PSS masing-masing, kami turut menerangkan laporan statu… Read More
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment